{"id":9278,"date":"2025-04-25T15:05:41","date_gmt":"2025-04-25T07:05:41","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9278"},"modified":"2025-04-25T15:05:43","modified_gmt":"2025-04-25T07:05:43","slug":"setelah-ditutup-sejak-17-aprilmenara-kl-buka-semula-sabtu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9278","title":{"rendered":"Setelah ditutup sejak 17 April\u2026Menara KL buka semula Sabtu"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Esok ,Sabtu 26 April Menara Kuala Lumpur (KL) yang ditutup buat sementara waktu sejak 17 April lalu akan beroperasi semula untuk kunjungan umum mulai jam 9 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini dimaklum oleh Kementerian Komunikasi dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya pembukaan semula Menara KL itu selari dengan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan pekerja yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, katanya, ia juga bertujuan menyediakan perkhidmatan serta persekitaran yang kondusif dan selamat buat pengunjung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenerusi pengurusan baharu premis Menara KL yang diterajui syarikat LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM), kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan berorientasikan pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa menerusi penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan yang boleh menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Komunikasi dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, bermula 1 April lalu, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara KL diambil alih syarikat LSHSM.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) di atas tapak Menara KL selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB menerusi surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata, pembukaan semula Menara KL kepada orang ramai akan dilaksana sebaik kerja penyelenggaraan dan isu keselamatan ditangani sepenuhnya oleh konsesi baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Fahmi, hasil pemantauan petugas kementerian di Menara KL mendapati ada perkakas di dapur dan beberapa ruangan di lokasi berkenaan tidak berada dalam keadaan selesa untuk pengunjung.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai nasib pekerja, Fahmi menjelaskan seramai 193 daripada 205 pekerja dari syarikat lama sudah diserap masuk ke dalam syarikat baharu.- 25\/4\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Esok ,Sabtu 26 April Menara Kuala Lumpur (KL) yang ditutup buat sementara waktu sejak 17 April lalu akan beroperasi semula untuk kunjungan umum mulai jam 9 pagi. Hal ini dimaklum oleh Kementerian Komunikasi dalam kenyataan pada Jumaat. Menurutnya pembukaan semula Menara KL itu selari dengan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan pekerja yang terlibat. [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8761,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-9278","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9278","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9278"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9278\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9279,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9278\/revisions\/9279"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8761"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9278"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9278"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9278"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}