{"id":9280,"date":"2025-04-25T15:10:20","date_gmt":"2025-04-25T07:10:20","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9280"},"modified":"2025-04-25T15:10:23","modified_gmt":"2025-04-25T07:10:23","slug":"85000-pendeposit-th-rayu-tunai-haji-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9280","title":{"rendered":"85,000 pendeposit TH rayu tunai haji 2025"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>LEMBAGA Tabung Haji (TH) menerima 85,000 permohonan rayuan untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, permohonan tersebut akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat disebabkan beberapa faktor antaranya masalah kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat kita sangat bersungguh untuk menunaikan ibadat haji dan setakat ini 85,000 pendeposit TH yang telah memohon rayuan dan sebilangannya akan mengisi kekosongan kalau ada (jemaah terpilih) yang menolak atas sebab sakit dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau ditemui pemberita selepas Program Santuni Asnaf Sempena Sambutan Aidilfitri Majlis Belia Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Taqwa di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Parlimen Kuala Kedah, Alor Setar, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Na\u2019im berkata kerajaan juga masih menunggu keputusan rayuan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji Malaysia sebanyak 10,000 lagi pada tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKuota tambahan jemaah haji ini bukan Malaysia saja yang mohon tapi satu dunia, saya percaya kerajaan Arab Saudi akan mempertimbangkan permohonan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak dapat menjangkakan bila dapat maklum balas tentang penambahan kuota ini tapi kerajaan akan sentiasa buat susulan dengan kerajaan Arab Saudi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Mohd Na\u2019im berkata lawatan kerja beliau ke Kedah hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkasakan kesejahteraan ummah, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan golongan asnaf.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga akan melawat guru-guru pondok dan menyampaikan sumbangan kepada mereka sebagai sokongan kepada institusi pondok serta pelajarnya yang memainkan peranan penting dalam pendidikan dan dakwah Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi bawah inisiatif Ziarah Al-Falah MADANI, saya akan menyerahkan dua rumah baharu kepada dua keluarga asnaf (di Baling) yang dibina melalui program Bait Al-Falah oleh Yayasan Taqwa,\u201d katanya. \u2014 BERNAMA -25\/4\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LEMBAGA Tabung Haji (TH) menerima 85,000 permohonan rayuan untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar. Beliau berkata, permohonan tersebut akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat disebabkan beberapa faktor antaranya masalah kesihatan. \u201cRakyat kita sangat bersungguh untuk [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6134,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-9280","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9280","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9280"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9280\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9281,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9280\/revisions\/9281"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6134"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9280"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9280"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9280"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}