{"id":9499,"date":"2025-05-07T07:00:47","date_gmt":"2025-05-06T23:00:47","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9499"},"modified":"2025-05-07T07:00:48","modified_gmt":"2025-05-06T23:00:48","slug":"agenda-digital-perkukuh-daya-saing-malaysia-hadapi-kesan-tarif-timbal-balik-amerika-syarikat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9499","title":{"rendered":"Agenda Digital perkukuh daya saing Malaysia hadapi kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat"},"content":{"rendered":"\n<p>Agenda digital yang digerakkan kerajaan merupakan inisiatif strategik, yang berpotensi meletakkan Malaysia pada landasan tepat sebagai hab digital serantau, seiring transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Abdul Hadi Abd Rahman berkata pelaksanaan agenda digital, telah menerima sambutan positif daripada pelbagai pihak termasuk pemain industri utama, sekali gus merangsang permintaan terhadap bakat tempatan dan mempercepatkan pembangunan kemahiran teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, kejayaan agenda digital amat bergantung kepada tahap kesedaran dan penerimaan teknologi dalam kalangan penjawat awam, khususnya dari aspek penerimagunaan serta pengadaptasian sistem digital dalam sektor kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut dijangka meraih manfaat menerusi pembangunan penyelesaian berasaskan teknologi, yang menepati keperluan serta cabaran tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem inovasi domestik, malah membantu meningkatkan daya saing ekonomi digital negara secara lebih inklusif dan menyeluruh,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"417\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/mdec-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9501\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/mdec-1.jpg 1000w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/mdec-1-300x125.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/mdec-1-768x320.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/mdec-1-150x63.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/mdec-1-696x290.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam berhubung isu tarif Amerika Syarikat (AS), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus mengutamakan penerimagunaan teknologi terkini, bagi memperkukuh daya saing negara dan memudah cara urusan perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas keseriusan kerajaan dalam merealisasikan Malaysia sebagai hab digital serantau, Abdul Hadi berkata penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta pusat teknologi Pasca-Kuantum di Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan komitmen kukuh membina asas teknologi negara dari peringkat akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah ini turut diperkuat melalui peruntukan khas kepada universiti penyelidikan yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan dan inovasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata UKM juga menyahut inisiatif pendigitalan negara menerusi pelaksanaan Projek Nadi Utama Sintesis Aksara (NUSA) Bahasa Kebangsaan, yang berpusat di fakulti berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif ini memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui teknologi kecerdasan buatan (AI), sekali gus menyokong Agenda Digital negara yang berteraskan budaya dan identiti kebangsaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6697\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia-150x100.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia-696x464.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia-1068x713.jpg 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/ai-manusia.jpg 1181w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Bernama melaporkan Pengerusi Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Prof Dr Wan Zuhainis Saad berkata pembangunan kemahiran digital dan teknologi, perlu dilihat sebagai satu usaha berterusan sejajar dengan perubahan pesat dalam bidang seperti AI, data raya dan Internet Benda (IoT).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendidikan fleksibel memberi peluang kepada pelajar, termasuk mereka di kawasan luar bandar untuk mengakses kursus berkualiti tinggi dalam bidang teknologi dan AI,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Zuhainis berkata pendekatan seperti modul diperibadikan, kursus pendek, unbundling dan micro-credential membolehkan rakyat, termasuk golongan pekerja, menambah nilai terhadap kemahiran mereka tanpa perlu mengikuti program formal yang panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa juga penting dalam mengurangkan jurang kemahiran antara generasi, serta menyokong pembinaan tenaga kerja yang bersedia menghadapi Revolusi Industri Keempat (IR4.0),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Zuhainis turut menekankan bahawa teknologi digital perlu diterokai secara meluas dalam sektor tenaga hijau dan kelestarian, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mencadangkan pelaburan berterusan dalam pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) bagi mempersiapkan tenaga kerja masa depan dengan kemahiran digital yang lebih holistik dan relevan.-7\/5\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Agenda digital yang digerakkan kerajaan merupakan inisiatif strategik, yang berpotensi meletakkan Malaysia pada landasan tepat sebagai hab digital serantau, seiring transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan teknologi. Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Abdul Hadi Abd Rahman berkata pelaksanaan agenda digital, telah menerima sambutan [&#8230;]\n","protected":false},"author":4,"featured_media":6467,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-9499","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9499","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9499"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9499\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9503,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9499\/revisions\/9503"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6467"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9499"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9499"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9499"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}