{"id":9536,"date":"2025-05-07T20:31:00","date_gmt":"2025-05-07T12:31:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9536"},"modified":"2025-05-07T20:31:03","modified_gmt":"2025-05-07T12:31:03","slug":"pm-anwar-arah-menteri-kesihatan-teliti-isu-penggunaan-akta-723-terhadap-gp-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9536","title":{"rendered":"PM Anwar arah Menteri Kesihatan teliti isu penggunaan Akta 723 terhadap GP \u2013 Fahmi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk segera meneliti isu yang dibangkitkan oleh pengamal perubatan swasta (GP) berhubung pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dan perdana menteri telah mendapatkan penjelasan daripada Dzulkefly.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang dibangkitkan melibatkan penggunaan Akta 723 yang berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerdapat dalam kalangan doktor (GP) yang bertanya mengapa akta tersebut digunakan dan bukannya Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Jadi, perdana menteri telah meminta supaya perkara ini segera dijelaskan,\u201d katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, lebih 300 GP mengadakan perhimpunan aman kira-kira dua jam berhampiran Bangunan Perdana Putra di sini bagi membantah penggunaan Akta 723 terhadap profesion perubatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menuntut supaya akta itu disemak semula dan bidang perubatan dikawal sepenuhnya di bawah Akta 586 yang disifatkan lebih sesuai untuk menyelia amalan serta perkhidmatan kesihatan swasta.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata Jadual Ketujuh dalam Akta 586 yang menetapkan caj perundingan dan tatacara klinik swasta akan dikaji semula dan Dzulkefly memaklumkan kertas Jemaah Menteri berhubung perkara itu sudah disiapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam satu atau dua minggu lagi, ia dijangka dibawa semula ke Kabinet untuk keputusan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, media melaporkan Jadual Ketujuh itu belum pernah dipinda sejak digazetkan pada 2006.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 BERNAMA &#8211; 7\/6\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk segera meneliti isu yang dibangkitkan oleh pengamal perubatan swasta (GP) berhubung pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723). Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dan perdana [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9537,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-9536","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9536","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9536"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9536\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9538,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9536\/revisions\/9538"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9537"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}