{"id":9795,"date":"2025-05-17T23:56:13","date_gmt":"2025-05-17T15:56:13","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=9795"},"modified":"2025-05-17T23:56:16","modified_gmt":"2025-05-17T15:56:16","slug":"mcmc-akan-kaji-perbezaan-liputan-4g-antara-syarikat-telco-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=9795","title":{"rendered":"MCMC akan kaji perbezaan liputan 4G antara syarikat telco \u2013 Fahmi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengkaji perbezaan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk (CoPA) antara syarikat telekomunikasi (telco) di pelbagai lokasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata meskipun liputan 4G Malaysia telah mencapai agregat 92 peratus CoPA di seluruh negara, kadar sebenar adalah berbeza dalam kalangan telco.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesetengah telco mencapai agregat serendah 76 peratus CoPA manakala yang lain ada yang mampu mencecah 86 peratus,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2025 hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata beliau telah mengarahkan MCMC untuk memperinci agregat CoPA secara individu dan di peringkat nasional setiap telco mengikut negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami ingin memastikan apabila rakyat Malaysia membayar untuk pakej Internet, mereka bukan sekadar mendapat liputan di beberapa kawasan. Kita (rakyat Malaysia) membayar untuk mendapatkan liputan Internet di seluruh negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata perkhidmatan 4G hendaklah boleh diakses di seluruh negara dan kerajaan telah berusaha untuk memastikan perkongsian rangkaian yang lebih baik dalam kalangan syarikat telco.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkhidmatan itu (4G) harus tersedia di seluruh negara\u2026 saya telah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan semua syarikat telco mendapat perkongsian rangkaian dan kami telah memformalkan perkara ini menerusi satu rangka kerja yang kami terbitkan baru-baru ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 yang bakal dikuat kuasa tidak lama lagi dijangka memainkan peranan penting bagi memastikan platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang mereka muat naik terutama dalam melindungi pengguna daripada penipuan dan bahaya lain dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata OnSA akan memaksa platform terbabit berkongsi tanggungjawab dalam mencipta persekitaran digital yang lebih selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeranan utama akta ini ialah memastikan platform media sosial turut mengambil bahagian dan bertanggungjawab bagi jenis kandungan yang boleh didapati di platform mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Merujuk kepada penyebaran iklan yang menipu, Fahmi melahirkan kebimbangan terhadap ketiadaan atau kekurangan tindakan oleh platform besar seperti Facebook dalam memadam atau mengeluarkan kandungan berbahaya terutama jika ia adalah berbayar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai contoh, terdapat banyak iklan perjudian dan penipuan tetapi Facebook tidak banyak mengambil tindakan untuk memadam atau mengeluarkannya kerana ia adalah berbayar. Penipu telah membayar untuk semua iklan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, kami kini menunggu Akta Keselamatan Dalam Talian mendapat perkenan diraja dan sebaik sahaja ia dikuat kuasa, kami percaya OnSA akan memainkan peranan yang penting,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Parlimen telah meluluskan OnSA pada Disember tahun lepas dan jika ia dikuatkuasakan, akta itu mewajibkan penyedia platform media sosial memenuhi tiga tanggungjawab utama iaitu memastikan keselamatan platform, melindungi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan mengehadkan akses kepada kandungan berbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Platform terbabit juga dikehendaki mengeluarkan garis panduan pengguna yang jelas termasuk terma-terma penggunaan dan menyediakan mekanisme untuk pengguna melaporkan kandungan berbahaya serta ofensif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 BERNAMA- 17\/5\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengkaji perbezaan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk (CoPA) antara syarikat telekomunikasi (telco) di pelbagai lokasi. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata meskipun liputan 4G Malaysia telah mencapai agregat 92 peratus CoPA di seluruh negara, kadar sebenar adalah berbeza dalam kalangan telco. \u201cSesetengah telco mencapai agregat serendah 76 [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9796,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-9795","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9795","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9795"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9795\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9797,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9795\/revisions\/9797"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9796"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9795"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9795"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9795"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}