Kerajaan memberikan jaminan akan terus mengekalkan perlindungan tarif elektrik bagi memastikan kira-kira 85 peratus rakyat tidak terkesan, meskipun peningkatan kos tenaga global dijangka memberikan tekanan kepada harga barangan dan beberapa sektor ekonomi tertentu. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pengguna domestik yang menggunakan elektrik hingga 600 […]
Category Archives: FOKUS
Seramai 29 delegasi Malaysia diantara 428 aktivis yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang telah dibebaskan daripada tahanan Israel dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad ini. Kesemua mereka dibawa keluar dari Israel dengan tiga pesawat Turkish Airlines yang dihantar Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Lapangan Terbang Ramon. […]
Nampaknya semua pihak boleh bertenang dan tidak perlu kecoh dengan cerita yang bukan-bukan. Ribut yang melanda gara-gara Tindakan politik Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan keluar PKR tidak bikin Kerajaan Perpaduan goyang. Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil beritahu media isu politik itu turut disentuh dalam […]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance – MLA) bagi memperoleh keterangan beberapa individu di Taiwan dan United Kingdom (UK) untuk membantu siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan bantuan berkenaan susulan […]
Perhatian kini turut bertumpu pada Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz,ekoran ‘Langkah Rafizi-Nik Nazmi’ letak jawatan Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa untuk sertai Parti Bersama Malaysia pada Ahad lalu. Bukan rahsia lagi bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan kini pegang jawatan sebagai Penasihat Kanan Politik di pejabat Perdana Menteri kebelakangan ini cukup ligat main […]
Penentu samaada isteri Allahyarham Datuk Bung Mokthar Radin yakni Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta akan diketahui 20 Julai ini. Tarikh berkenaan ditetapkan Hakim Rosli Ahmad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas selesai mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pembelaan […]
Tandatanya paling panas yang ligat legar mengenai halatuju politik Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sudah terjawab petang Ahad. Mereka mengambilalih Parti Bersama Malaysia yakni parti yang didaftarkan di Pulau Pinang pada 2016. Serentak itu Rafizi yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR itu umum kosongkan kerusi kawasan Parlimen Pandan manakala Nik Nazmi […]
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi main basa basi dalam menyuarakan pendirian terhadap Langkah Barisan Nasional untuk bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor. “Kita tengah dikejutkan dengan keputusan BN, UMNO yang mahu bertanding semua kawasan (DUN) di Johor, saya tidak terkejut kerana kita dah pantau. Itu keputusan mereka. “Sementara ini, kepimpinan pusat masih […]
Sehari menjelang Konvensyen Pakatan Harapan di Johor Bharu esok,Ahad…Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi petang Sabtu umum BN akan bertanding solo dan letak calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihanraya Negeri itu ke 16 nanti. Beliau membuat pengumuman berkenaan menerusi satu kenyataan yang sekaligus menamatkan tandatanya mengenai kerjasama dengan PH […]
Ini juga satu kisah yang jadi buah mulut dikalangan orang politik. Ia terjawab pada Sabtu bila Menteri Besar Terengganu ,Datuk Seri Samsuri Mokthar yang juga Pengerusi Perikatan Nasional diumum sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Selain Menteri Besar, Ahmad Samsuri juga merupakan Ahli Parlimen Kemaman dan Naib Presiden […]










