Biarpun berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan bekalan tenaga di peringkat global, semangat rakyat Malaysia untuk melancong tetap utuh. Malah, pengguna tempatan kekal aktif merancang percutian, dengan kecenderungan yang ketara ke arah destinasi yang tidak terlalu jauh. Menurut tinjauan terbaharu oleh Visa Malaysia, rakyat negara ini kini dilihat lebih cenderung untuk melancong di […]
Category Archives: KEMBARA
Sambutan Gawai Dayak kini bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Dayak, malah telah berkembang menjadi simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Sarawak yang berbilang kaum, agama dan budaya. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, sejak disambut secara rasmi pada tahun 1965, Gawai Dayak terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh […]
Mahkamah Tinggi Singapura telah mengeluarkan perintah untuk menyita pegangan saham syarikat induk AirAsia, Capital A, dalam BigPay dan Teleport berikutan penguatkuasaan kes timbang tara melibatkan pengasas bersama platform e-dompet tersebut. Perintah itu dikeluarkan selepas anak syarikat milik penuh Capital A, Move Digital Sdn Bhd, diarah untuk membeli balik pegangan minoriti dua pengasas bersama BigPay, Christopher […]
Syarikat penerbangan AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif untuk menyokong tetamu berkeperluan khas, susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan menaiki pesawat pada cuti Aidiladha, baru-baru ini. Langkah berkenaan diambil selepas syarikat penerbangan itu selesai menjalankan semakan menyeluruh berhubung kesukaran yang dihadapi keluarga terbabit bagi penerbangan […]
Rumah panjang di Sarawak mempunyai kelebihan tersendiri untuk ditonjolkan sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Beliau berkata seiring pelaksanaan Program Homestay Pengalaman Malaysia oleh kementerian, rumah panjang menawarkan pengalaman budaya yang tidak dapat ditemukan di tempat lain di dunia. Tiong berkata selain warisan budaya dipelihara, […]
Banjaran Nakawan iaitu banjaran batu kapur tertua dan terpanjang di Malaysia, yang menganjur sepanjang 36 kilometer merentasi sempadan antarabangsa antara negeri Perlis dan Wilayah Satun, Thailand. Diiktiraf sebagai komponen geologi utama dalam Perlis Geopark, banjaran berketinggian purata ini digelar sebagai “Nadi Bumi Perlis” kerana peranannya yang kritikal dalam ekosistem dan warisan negeri. Raja Perlis, Tuanku […]
Malaysia tersenarai antara negara paling dipercayai di dunia tahun ini apabila menduduki tempat ketujuh daripada 28 negara dalam Laporan Edelman Trust Barometer 2026. Indeks Kepercayaan Malaysia turut meningkat kepada 71 mata berbanding 66 mata tahun lalu. Kajian itu menilai tahap keyakinan rakyat terhadap sektor perniagaan, kerajaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Namun, laporan tersebut […]
Kadar inflasi Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2026 mencatatkan kenaikan 1.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Menurut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan itu didorong terutamanya oleh lonjakan dalam kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 4.1 peratus berbanding 1.6 peratus pada bulan sebelumnya. Selain pengangkutan, beberapa kumpulan lain turut […]
MOHD Khafiz Bachok mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan diri dalam kalangan pendaki elit Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest pada 2.25 pagi waktu Nepal, hari ini. Menurut hantaran Facebook oleh penganjur ekspedisi AltiPro Adventures, Mohd Khafiz berjaya menawan gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848.86 meter (m) itu bersama pendaki Mongolia, Munkhuu Myagmar serta pemandu Sherpa, Mingma […]
Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif ketika cuba melalui pintu pelepasan antarabangsa di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata dalam kejadian pukul 1.35 petang di Pintu Pelepasan Antarabangsa C, suspek didapati melalui pintu autogate pemeriksaan keselamatan tanpa tiket sah dan bertindak agresif […]










