Category Archives: FOKUS

MB Negeri Sembilan akan terus tabir sehingga ada ‘kejelasan muktamad’

Menteri Besar Negeri Sembilam Datuk Seri Aminuddin Harun pada petang Isnin tampil menyuarakan pendirian pada ketika pelbagai spekulasi sedang berlegar mengenai kedudukan kerajaan Negeri Sembilan setelah 14 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO tarik sokongan. Berikutan perkembangan terbaru ini Pakatan Harapan ada 17 kerusi, BN 14 manakala Perikatan Nasional 5 kerusi.Sebanyak 19 kerusi diperlukan untuk bentuk […]

Krisis Negeri Sembilan : Reaksi Anwar…komen Zahid

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan ulas apa-apa setakat ini mengenai perkembangan krisis pentadbiran di Negeri Sembilan. Ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pada Isnin beliau hanya kata akan maklum mengenai isu berkenaan kemudian. “MB (Menteri Besar) dan PH, kita akan umumkan kemudian,”katanya. Sementara itu Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi yang […]

UMNO tarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini. Katanya, makluman rasmi […]

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman akan ketuai SPRM.

Kini segala spekulasi mengenai siapa bakal mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah terjawab. Kontroversi mengenai jawatan itu sendiri sudah berlegar sekian lama. Penyandang jawatan itu ketika ini iaitu Tan Sri Azam Baki bakal menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei ini. Jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu mulai 13 Mei akan disandang […]

Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong – PM

Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata senarai itu merangkumi individu yang layak untuk menerajui badan pencegahan rasuah negara itu. Bercakap kepada media selepas menghadiri makan tengah hari dan menyantuni komuniti di […]

Kutipan cukai langsung LHDN cecah RM203.9 bilion tahun lepas – PM

Kutipan cukai langsung oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencecah RM203.991 bilion pada tahun lepas, buat julung kali melepasi paras RM200 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM19.19 bilion atau 10.38 peratus berbanding angka pada tahun sebelumnya. “Hasil daripada prestasi kutipan yang […]

KEMASKINI: Majlis Perasmian sidang DUN Negeri Sembilan jalan terus tanpa kehadiran empat Undang Luak dan Tunku Besar Tampin….

Majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan pagi Khamis terus berlangsung seperti biasa sekalipun tanpa kehadiran empat Undang Luak dan Tuanku Besar Tampin. The Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kata ketidakhadiran tetamu berkenaan tidak menjejaskan majlis. Baginda bertitah pentabiran negeri harus berfungsi seperti biasa. Dalam titah perasmian Baginda menegaskan kepentingan […]

YDP Agong penentu siapa KP SPRM

Hal ini sudah terang lagi jelas. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri memaklumkan hal berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook. Baginda menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan pelantikan tersebut. Ini adalah berkaitan perlantikan calon baharu bagi menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan ini dilihat sebagai peringatan agar proses pemilihan kepimpinan […]

Harga diesel turun 85 sen, RON95 15 sen dan RON97 25sen

Untuk 23 hingga 29 April harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa. Satu kenyataan Kementerian Kewangan memberitahu harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh itu menurun sebanyak 85 sen iaitu RM5.12 seliter berbanding RM5.97 seliter sebelum ini. Harga RON97 tanpa subsidi turut turun 25 […]

Azam Baki jelaskan isu penyelewengan RM230 juta dana menerusi NGO dipercayai untuk zakat

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan untuk jelaskan isu penyelewengan dana RM230 yang disumbang menerusi sebuah NGO dipercayai kutipan yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat negeri. “NGO ini menerima dana daripada pelbagai pihak termasuk komisen kutipan untuk membantu golongan memerlukan. “Bagaimanapun, dana tersebut tidak sampai […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.