Ibadah puasa untuk umat Islam di Malaysia akan bermula Selasa ini. Ia diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ahad malam.
Category Archives: FOKUS
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu campur dalam krisis BERSATU dimana enam orang Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang sokong kerajaan pimpinan beliau dicabar mengosongkan kerusi mereka. ‘Kenapa tanya saya,” katanya ketika diminta ulas cabaran Muhyiddin pada mereka di Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional 2024. Ditemui wartawan pada Majlis Ramah Mesra Perdana […]
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion manakala Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menghadapi rizab negatif berjumlah RM0.388 bilion pada 2022. Dua kepincangan ini yang terkandong dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 telah mencuri perhatian ramai. Kerajaan nampaknya tidak akan peluk tubuh menghadapi hal ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu […]
Pada awal pagi 10 Januari lalu kediaman Ahli Parlimen DAP kawasan Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar,Perak telah dilontar bom petrol. Dalam kejadian itu kereta Mercedes E300 milik beliau terbakar kira-kira 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux terbakar 5 peratus serta bumbung anjung rumah. Pada hari ini […]
Semalam,Rabu selepas Mahkamah Rayuan bebas dan lepaskan Tan Sri Isa Samad dari hukuman dan pertuduhan kes rasuahnya,bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Pengerusi Felda itu menduga kes beliau selesai lagi. “Kes pun belum habis lagi, mungkin ada rayuan lain,” katanya. Tepat seperti dugaan itu pada hari ini Khamis pihak Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam […]
Lima hari selepas ditegur Sultan Selangor kerana buat kenyataan yang dianggap hina Raja Raja Melayu…Presiden PAS Tan Sri Haji hadi Awang utus warkah ‘Junjung Kasih ‘kepada baginda. Namun isi kandongan warkah berkenaan tidak diketahui setakat ini. Pada 20 Feb lalu Haji Hadi melalui catatannya di media sosial – mengingatkan semua umat Islam termasuk raja-raja supaya […]
Usaha Tun Daim Zainuddin menerusi jalan mahkamah untuk sekat SPRM dari menjalankan siasatan keatas dirinya dan keluarganya gagal. Pada Isnin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Menteri Kewangan dan keluarganya mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan semakan kehakiman mereka terhadap siasatan SPRM ke atas mereka. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh. […]
Hairan juga…kenapa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan terus menyepi setelah buat dakwaan panas dalam sidang Dewan Rakyat pada 28 Februari baru ini beliau ditawarkan sogokan untuk alih sokongan pada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwaannya termasuk ditawarkan peruntukan untuk “Projek Mesra Rakyat”, selain membatalkan pendakwaan jenayah yang dihadapinya telah cetus […]
Teka teki yang bermain dalam senario politik negara sekarang tentunya mengenai kedudukan enam kerusi Parlimen Perikatan Nasional yang wakil rakyatnya lompat umum sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Enam kerusi panas berkenaan disandang oleh ahli BERSATU yang bertanding atas tiket PN masa pilihanraya umum ke 15 November 2022. Ahli Parlimen berkenaan masih kekal ahli […]
Ia masih satu misteri terbesar dalam dunia penerbangan. Siapa boleh lupa pasal kehilangan pesawat MAS MH370 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. Keluarga 239 penumpang dan anak kapal yang lenyap bersama pesawat itu masih menaruh harapan ia mungkin dapat ditemui satu masa nanti. Operasi pencarian yang dikendali Malaysia dengan […]










