Category Archives: FOKUS

Krisis BERSATU VS ‘Enam Jahanam’…cakap siapa yang boleh pakai?

Kalau ikut pindaan pada perlembagaan parti yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Khas BERSATU pada Sabtu…jalan ceritanya cukup ringkas dan mudah saja. Enam orang Ahli Parlimen dari parti itu yang digelar ‘Enam Jahanam’ yang menang atas tiket Perikatan Nasional semasa pilihanraya umum ke 15 pada November 2022 perlu ‘angkat bungkus’ dan pilihanraya kecil diadakan di enam […]

KEMASKINI : Ini pendedahan dari Wan Saiful pula…ada lima MP PN nak ‘lompat’

Maklumat ini bukan datang dari Ahli Parlimen Perikatan Nasional parti Bersatu kawasan Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz yang selalu buka cerita pasal adanya kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang nak ‘lompat’ sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menariknya kali ini ia nak didedahkan oleh Ahli Parlimen PN Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan […]

Kecoh sidang Dewan Rakyat…macam dah tak ada ubat

Ingatkan senarionya mungkin berbeza setelah mendapat teguran keras dari Yang Dipertuan Agong semasa merasmikan sidang Parlimen Isnin lalu…namun keadaanya ibarat macam tidak ada ubat. Budaya lama yakni…perang dan perang…antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang terus menyelubungi suasana sidang Dewan Rakyat semalam Selasa dan hari ini Rabu. Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin minta Ahli […]

Mesej jelas dari Yang Dipertuan Agong…tak akan layan cubaan gugat kestabilan politik negara

“Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang.” Itu mesej jelas dalam titah Seri Paduka yang Dipertuan Agong ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, pada Isnin. “Ingin saya tegaskan di sini, yang saya tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara. […]

Hampir 300 pasangan dari Malaysia nikah di Thailand setiap bulan

YALA (Thailand) – Kira-kira 250 hingga 300 pasangan dari Malaysia hadir membuat pengesahan dokumen pernikahan mereka di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia setiap bulan selepas berkahwin di Thailand. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata kebanyakan pasangan ini adalah mereka yang berkahwin sama ada di Narathiwat, Pattani, Yala, Satun atau Songkhla. “Ada juga […]

Panas…Menteri VS pegawai kerajaan

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing zahirnya nampak seperti seorang ‘tough guy’. Mereka yang tidak mengenali Ahli Parlimen dari Bintulu,Sarawak ini dari dekat sudah tentu ada persepsi itu melihat pada gaya dan stailnya. Ingat balik bila beliau terjah Lapangan Terbang KLIA pada hujung Jun 2023 untuk tangani sendiri kes orang pelancong […]

KEMASKINI : SPRM masih belum tahu dimana menantu Muhyiddin…

Sehingga hari ini SPRM masih belum ada maklumat dimana menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan berada bagi hadapi pertuduhan di makhamah. Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki beritahu wartawan di Mersing pada Ahad pihaknya perlu menyemak perkembangan notis merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Muhammad Adlan. Azam […]

Gambar yang matikan desas desus pasal Dr Mahathir

Siapa agaknya empunya angkara…baru baru ini beredar gambar di media sosial konon keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad teruk sangat sedang dirawat di hospital. Gambar beliau pakai alat penafasan yang cetuskan desas desus itu nyata palsu. Hari ini Selasa…seorang jurucakap bekas Perdana Menteri hantar kepada media dua keping gambar terbaru beliau. Katanya Dr Mahathir kini […]

Ding dong….Bersatu VS ‘enam jahanam’

Siapa saja boleh naik bingung kalau ikuti ‘tembak menembak’ antara pimpinan Bersatu dengan enam Ahli Parlimen parti itu atau digelar ‘enam jahanam’ yang telah lompat sokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apakah riwayat politik mereka akan tamat bila parti gabungan Perikatan Nasional itu luluskan pindaan perlembagaan pada Perhimpunan Agung Khas 2 Mac ini? Kalau […]

KEMASKINI : Cabaran Lim Sian See…ini jawapan Rafizi

Rafizi Ramli yang sedang berada di hospital setelah menjalani pembedahan tulang belakang pada Isnin menjawab cabaran seorang blogger yang guna nama samaran ‘Lim Sian See’ untuk berentapdalam podcast ‘Yang Bakar Menteri’. Katanya menerusi laman facebooknya selain Lim Sian Se beliau juga sedia berdepan dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zakarshi dan bekas Ahli […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.