Category Archives: FOKUS

Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib muktamad…- PM

Fakta yang ada di depan mata sekarang ialah apa sekalipun…keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berubah. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berselindung mengenai hal ini dicelah kehangatan perbahasan dan perbincangan sekarang pada keputusan yang dibuat lembaga berkenaan pada mesyuarat 29 Januari baru ini. Perdana Menteri menyampaikan mesej itu pada amanat […]

PM Anwar nafi dakwaan Kerajaan Perpaduan longgar dalam permasalahan rasuah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Kerajaan Perpaduan tidak tegas terhadap permasalahan rasuah susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. “Isu yang dibangkitkan konon kita longgar terhadap permasalahan rasuah, itu tidak benar,” katanya. Beliau berkata proses badan kehakiman itu diteruskan dan Presiden […]

Isu Najib : Tiada berita gempar dari mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO…

Bukan rahsia lagi ada pihak yang terus buat ramalan UMNO pasti akan bergegar sakan ekoran keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Segala meriam kemarahan atas kegagalan dapatkan pengampunan penuh untuk bebaskan bekas Perdana Menteri itu dari hukuman penjara 12 tahun dijangka sudah tentu akan dihalakan pada Presiden UMNO Datuk Seri Zahid […]

Isu pengampunan Najib : “Kita dipermainkan akhirnya”…- kata Ketua Pemuda UMNO

Seperti yang diduga – apa sekalipun…samaada dapat, tidak dapat atau separuh seperti sekarang – keputusan Lembaga Pengampunan keatas Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan kontrovesi panas. Ini kerana nyata terdapat dua kumpulan besar yakni penyokong bekas Perdana Menteri itu yang mahu beliau diberi pengampunan penuh dan satu lagi kumpulan yang tentang sebarang bentuk pengampunan […]

RASMI…hukuman penjara Najib dikurang dari 12 ke 6 tahun…kekal di penjara sampai 2028

Semua sudah terjawab….Lembaga Pengampunan umum petang Jumaat bahawa tempoh hukuman penjara Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurangkan dari 12 tahun ke 6 tahun. Manakala denda RM210 juta yang dikenakan keatas bekas Perdana Menteri itu dikurangkan ke RM50 juta. Beliau dijangka akan kekal di penjara sampai 23 Ogos 2028 Berikut adalah kenyataan penuh Lembaga Pengampunan: […]

Mansuh pencen: “Kalau tanya saya, saya boleh tangguh biar PM lain yang buat”….

Dari bunyi ayatnya sudah terang lagi bersuluh cadangan pemansuhan pencen penjawat awam akan jalan terus. Kalau ikut pertimbangan politik memang agak berat untuk pikul cadangan yang libatkan periuk nasi ramai orang. Namun kita sudah boleh buat andian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah set untuk kasi jadi cadangan yang kontrovesial ini. Pendirian itu nampak […]

KEMASKINI : Kes ‘bayar sini RM100, balai RM300’..tiga anggota polis ditahan

Lanjutan dari kes saman pelancong asing yang naik campervan ‘bayar sini RM100, balai RM300’….tiga anggota polis Perak ditahan. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu dalam kenyataan Selasa tiga anggota polis trafik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu berusia lingkungan 37 hingga 42 tahun. Katanya […]

Akaun ASN dan ASB antara 71 harta Daim didakwa tak isytihar…

Jangan ingat seorang billionaire yang hartanya melimpah ruah tidak ada simpanan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Pemilikan simpanan dalam dua tabung amanah yang popular dikalangan rakyat Malaysia adalah diantara 71 harta yang didakwa tidak diisytihar oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Namun jumlah simpanan dalam ASN dan ASB itu […]

KEMASKINI : Buta sebelah mata…ramai terkejut lihat keadaan Daim

Ramai yang tertunggu tunggu untuk melihat kelibat Tun Daim Zainuddin bila beliau muncul di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pagi Isnin. Bekas Menteri Kewangan yang terkenal dengan gelaran ‘Daim yang diam’ sudah lama tidak kelihatan dikhalayak ramai. Tandatanya timbul baru baru ini bila isterinya Toh Puan Naimah Khalid beritahu wartawan suaminya sedang dirawat di sebuah hospital. […]

Tengok siapa dengan Anwar…

Nampak macam biasa saja.Namun dalam konteks politik semasa…gambar ini ada cerita.Apa tidaknya.Cuba lihat siapa yang cukup mesra di sebelah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orangnya tidak lain tidak bukan ialah Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Bukit Gantang,Perak Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. Namanya agak hot kebelakangan ini kerana menjadi semacam jurucakap tidak rasmi bagi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.