Laman web www.x-press.my telah menghadapi masalah teknikal yang serius sejak petang Jumaat lalu.Masalah ini antara lain menyulitkan urusan update memuat berita dan gambar terbaru.Selain itu sebahagian ruangan berita hilang.Usaha sedang dijalankan untuk baiki segera masalah teknikal ini. – Pengarang
Category Archives: FOKUS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan diadakan dalam masa terdekat, sebaliknya menyeru semua pihak untuk terus bekerjasama dalam mencari penyelesaian ketika berdepan krisis tenaga global. Beliau menegaskan bahawa situasi semasa bukan berkaitan pertarungan politik, sebaliknya semua pihak perlu bersabar dan memberi tumpuan kepada usaha menangani cabaran […]
Cawangan pertama Madani Mart di Indera Mahkota dekat Kuantan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat. Kemudian beliau meluangkan masa melawat sekitar kedai runcit berkenaan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh. Langkah ini yang diterajui […]
Bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi, manakala kerajaan telah bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata pelan berkenaan termasuk mendapatkan bekalan daripada pasaran alternatif sekiranya krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat menyebabkan gangguan berpanjangan. “Sebagai sebuah […]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Rakan-rakan yang saya muliakan, kita telah menyuarakan kebimbangan kita kerana konflik Asia Barat berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran telah menjalar ke negara-negara serantau dan kini kesannya tempiasannya sudah melanda ke seluruh dunia termasuk negara kita tercinta, Malaysia. Dan dari perbualan saya dengan Presiden Iran, pimpinan negara-negara […]
Suruhanjaya Tenaga (ST) memberikan jaminan bahawa kira-kira 85 peratus isi rumah domestik tidak akan mengalami kesan besar terhadap bil elektrik mereka susulan pelaksanaan Insentif Cekap Tenaga, di tengah-tengah krisis tenaga global. Ketua Pegawai Eksekutif ST Siti Safinah Salleh berkata insentif untuk pengguna kediaman akan kekal pada skala pengurangan bagi penggunaan hingga 1,000 kilowatt-jam (kwj) dan […]
Kerajaan menubuhkan sebuah pusat arahan komunikasi ekonomi atau “war room” di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebagai langkah segera berdepan ketidaktentuan global, khususnya krisis tenaga dan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. Jurucaka kerajaan Datuk Fahmi Fadzil kata pusat berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, dengan sidang media khas dijangka […]
“Komitmen daripada Jemaah Menteri khususnya Perdana Menteri ialah, setelah kedua-dua aspek siasatan selesai, memang akan diumumkan. Itu komitmen daripada Perdana Menteri. Hal itu dinyatakan oleh Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil pada Rabu mengenai hasil siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ dalam […]
Bagi penyebar khabar angin ini yang berlegar sejak awal minggu lalu sudah boleh tutup buku main isu ini. Kalau sebelum ini dua orang kanan PKR telah menolak khabar angin itu…hari ini tuan tubuh sendiri tampil. Nurul Izzah telah keluarkan kenyataan ringkas pada Selasa mengenai khabar angin yang dakwa kononnya beliau hendak letak jawatan Timbalan Presiden […]
Majlis Media Malaysia (MMM) menegaskan proses siasatan melibatkan seorang wartawan berhubung dakwaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim perlu dijalankan secara telus, profesional serta menghormati hak wartawan untuk menjalankan tugas tanpa gangguan atau tekanan tidak wajar. MMM dalam kenyataan semalam memaklumkan sebarang tindakan terhadap wartawan mesti dinilai secara ketat […]










