Category Archives: FOKUS

Insiden serangan bom petrol…PAS dan BERSATU tibai Ngeh Koo Ham

Ketika polis akan jalankan siasatan dari pelbagai sudut keatas kes serangan bom petrol di rumah Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar,Perak perang mulut semakin hangat antara Ahli Parlimen DAP kawasan Beruas itu dengan pimpinan PAS dan Perikatan Nasional. Ini gara gara kenyataan beliau mendakwa kejadian pada awal pagi Rabu itu berpunca dari tindak tanduk PAS […]

Kes dana publisiti RM700 juta…SPRM dah rakam keterangan Ismail Sabri

SPRM mengesahkan agensi itu telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan pada Rabu agensi itu kata ia bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu. Kenyataan itu tidak menyebut bila dan dimana proses ambil keterangan dari Ismail dibuat. Namun […]

GRS Sabah tolak sebarang ‘langkah’…

Gerakan Langkah Dubai berdepan satu lagi halangan besar bila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan pendirian mereka terhadap cubaan untuk tebuk atap Kerajaan Perpaduan. Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Nor dalam satu kenyataan Rabu malam berkata gabungan itu tidak akan sekali-kali mengambil bahagian dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah […]

Isteri Daim beri keterangan SPRM…dakwa suami difitnah

Ibupejabat SPRM di Putrajaya jadi tumpuan petugas media pagi Rabu bila isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Khalid bersama dua anak lelakinya datang untuk beri keterangan. Mereka tiba pada jam 10.05 pagi menaiki kenderaan MPV dan ditemani peguam, Rajesh Nagarajan. SPRM baru baru ini sita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai,Kuala Lumpur milik keluarga […]

Kenyataan PM bikin pembangkang gigit jari…

Apakah ayat “Cukup sudah semua, tunggu hari sahaja” boleh dimainkan lagi selepas ini oleh blok pembangkang yang didakwa nak tabuk atap kerajaan perpaduan? Pada ketika wujud debaran penantian konon Yang Dipertuan Agong hendak interbiu seorang demi seorang lebih 120 Ahli Parlimen yang didakwa sudah buat surat akuan bersumpah…Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul dengan satu kenyataan […]

UPDATE: Rosyam Nor mohon maaf…bagi penjelasan cadang rumah pelacuran pekerja asing

Selepas cadanganya buka rumah pelacuran kepada pekerja asing untuk ‘melepas’ cetus kontroversi Datuk Rosyam Nor tampil memohon maaf. Pelakon,penerbit,pengarah dan usahawan terkenal itu kata dia tak sangka kenyataan untuk program podcast dekat Suhan Channel jadi tular dan sensasi. Cadangannya telah mengundang raksi pelbagai pihak termasuk menteri agama,mufti dan pendakwah bebas. “Kecoh satu dua hari ini […]

Anwar tak makan umpan Sanusi…

Kalau dengar dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bunyinya macam kerajaan perpaduan tunggu masa saja nak runtuh. Namun Datuk Seri Anwar Ibrahim belum makan umpan Menteri Besar Kedah itu. Perdana Menteri nampaknya menilai dakwaan Sanusi bahawa blok pembangkang sudah ada cukup surat akuan bersumpah Ahli Parlimen dan cuma tunggu hari saja ‘benda kecil’. “Tidak […]

Jangan lupa ‘Langkah Taiwan’…

Mana pula selepas Dubai….? Rasanya kalau cakap bab langkah demi langkah sampai kiamat pun tembak menembak antara blok pembangkang dan kerajaan tidak akan berhenti. Dari sudut fakta diatas kertas tiada siapa boleh pertikai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerajaan pimpinan beliau kini cukup solid. Gambaran yang diberi Perdana Menteri bumbung kerajaanya yang kini sudah pegang […]

Awas…Ketua Pemuda UMNO nak longgok sampah depan rumah orang

Mungkin ada yang kata ini bab remeh dan benda kecil sampai wakil rakyat nak kena susah payah turun padang. Namun kalau dilihat dalam konteks sebenar ini adalah gejala harian yang amat menyakitkan mata dan hati diserata tempat seluruh negara hari demi hari. Sampah…sampah…sampah …dimana mana. Sana sini orang mengeluh. Malah ada yang bergaduh kerana sampah. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.