Tiada sebarang arahan penutupan sekolah dikeluarkan susulan wabak tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin. Katanya, berdasarkan pengesahan Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat enam kes babitkan murid termasuk dua perempuan yang disahkan hasil daripada saringan kontak rapat. “Kerajaan negeri mengambil maklum berhubung penularan penyakit tibi yang membabitkan murid […]
Category Archives: FOKUS
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-24, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, memberi jaminan untuk melaksanakan pembersihan menyeluruh atau total clean-up dalam ATM selain tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola. Beliau berkata isu dan kontroversi yang timbul kebelakangan ini menjadi peringatan serius kepada kepimpinan serta pengurusan ATM untuk melakukan pembersihan secara berstruktur dan berlandaskan undang-undang. […]
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia, termasuk tiga kampung di Nunukan, Kalimantan Utara, tidak bersandarkan kepada prinsip pampasan, timbal balik atau untung rugi seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana Menteri berkata, sebaliknya penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia bersandarkan kepada konvensyen dan perjanjian ditetapkan. Beliau berkata asas penentuan sempadan darat […]
Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-24, yang berkuat kuasa 1 Februari. Majlis Pemakaian Pangkat dan Pelantikan PAT Ke-24 itu yang berlangsung di Kementerian Pertahanan hari ini turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pelantikan berkenaan selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri Ke-633 […]
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah hadiah politik, jauh sekali suatu bentuk simpati peribadi. Sebaliknya titah baginda ia adalah mekanisme perlembagaan yang sah dan berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang bersifat menghukum. Sehubungan itu, baginda menitahkan supaya kuasa […]
UMNO tegas menolak sebarang cadangan untuk mengadakan pilihanraya Datuk Bandar bagi Kuala Lumpur, seperti dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, pada 1 Februari. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, antara yang terawal menyuarakan bantahan supaya rancangan tersebut ditolak dan digagalkan seperti mana yang dilakukan terhadap cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar […]
“Saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel itu, terutama (Jeffrey) Epstein.” Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dakwaan kononnya beliau pernah mempunyai sebarang bentuk interaksi dengan ahli kewangan tersebut. Ia selepas nama Perdana Menteri telah dipetik oleh pihak luar yang mahu mengadakan pertemuan dalam kelompok terbaharu fail yang dikeluarkan […]
UMNO perlu berani keluar daripada kepompong politik tradisional, sebaliknya membina kepimpinan masa depan yang berteraskan ilmu, nilai dan khidmat kepada rakyat. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan Sekolah Patriotik UMNO (SPU) adalah langkah strategik untuk memutuskan kebergantungan parti terhadap politik tradisional yang bersifat reaktif dan jangka pendek, kepada politik penyelesaian yang lebih […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Malaysia menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan kepada Indonesia. Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab, Anwar berkata dakwaan berkenaan merupakan satu penyalahgunaan kebebasan bersuara oleh pembangkang yang menyebarkan maklumat palsu, menggunakan fakta salah serta memperalat sentimen […]
Operasi sulit SPRM berkaitan jenayah sisa elektronik (e-waste) disabotaj oleh ‘orang Jabatan Alam Sekitar (JAS)’. Dalam pendedahan mengejutkan melalui klip audio eksklusif di TikTok SPRM Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan wujud “tangan ghaib” dari dalam JAS yang sengaja mensabotaj operasi penyiasat di peringkat akar umbi. “Hari ini, dua orang pegawai kanan […]









