Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata ini adalah satu daripada aspek yang perlu terus dijulang sehingga hari ini, dan ia telah diketengahkan dalam beberapa buku yang ditulis oleh ilmuan negara Prof Diraja Terpuji Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib […]
Category Archives: FOKUS
Sekalipun polimek menjelang ia berlangsung agak gegar gempita namun Himpunan Rakyat Benci Rasuah agak kurang mendapat sambutan. Cuma lebih 200 orang kebanyakannya mahasiswa dan golongan belia sertai himpunan selama sekitar dua jam di pusat bandar Kuala Lumpur. Tidak kelihatan mana mana pimpinan parti politik pembangkang sertai himpunan itu. Berbeza dengan suasana sebilangan himpunan pada masa […]
Baru Selasa lalu kita dapat khabar pemberian tol percuma musim perayaan sudah berkhir…namun hari ini kerajaan buat sikit U-Turn. Lima hari menjelang Tahun Baru Cina, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi umum menerusi satu kenyataan kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus. Ia akan dilaksanakan bermula pukul 12.01 tengah malam pada 27 Januari […]
Malaysia telah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan sebarang langkah Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas pesaing atau sekutu asing. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang dasar yang tidak kondusif kepada perdagangan bebas bukan sahaja akan menjejaskan rantau ini, termasuk ASEAN dan Malaysia, tetapi juga Amerika sendiri. […]
Cubaan seorang peguam untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang. Ini berkaitan hantaran di laman media sosialnya yang di alih keluar (dipadamkan) oleh Facebook pada 2024. Peguam A. Srimurugan yang mewakili peguam Dr Shamsher Singh Thind berkata mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan untuk mengalih […]
Bukan batal terus sebaliknya kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan, itu penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya langkah ini selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh. “Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol […]
Muktamad… Malaysia tidak akan mengikuti cara Australia yang meluluskan undang-undang untuk mengharamkan penggunaan media sosial kepada remaja bawah usia 16 tahun. Sebaliknya Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak dengan mempertimbangkan latar belakang sosio-budaya dan landskap perundangan negara. “Sebagai contoh […]
Vivy Yusof, suami mengaku tak bersalah pertuduhan pilihan salah guna dana pelaburan RM8 juta Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu. Vivy Yusof atau nama […]
Setelah menunggu selama setahun akhirnya jumlah harta milik dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad yakni tokoh koprat Tan Sri Mokhzani dan Mirzan terjawab. Ini ekoran Langkah mereka mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jumlah aset Mokhzani yang diisytihar keseluruhan lebih kurang RM1 bilion. Nilai peribadi beliau adalah dalam RM360 juta. Yang lain […]
Kebimbangan orang ramai termasuk aktivis hak asasi terhadap laporan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan untuk memeriksa telefon bimbit orang awam dijelaskan semula oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Menurutnya, pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya secara rambang melakukan pemeriksaan telefon bimbit orang ramai di tempat awam sebaliknya polis hanya akan melakukan pemeriksaan terhadap individu […]










