Kerajaan telah bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan berkuatkuasa 16 Februari 2025. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu beritahu demikian dalam Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Katanya penyelarasan ini dapat membantu para pesawah menyerap kenaikan kos pengeluaran padi dan seterusnya […]
Category Archives: FOKUS
Agensi kerajaan tidak lagi dibenar untuk mewujudkan syarikat tanpa kelulusan peringkat tertinggi susulan terdapat ribuan syarikat yang mencatat kerugian besar. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu beliau telah beri arahan itu. “Saya telah memberi arahan supaya tidak boleh diwujudkan syarikat di bawah agensi tanpa kelulusan peringkat tetinggi kerana ribuan syarikat itu mencatat kerugian besar. […]
11 Februari 2025 boleh dicatat sebagai satu tarikh penting bagi negara berikutan bermulanya penguatkuasaan pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588. Ia adalah usaha kerajaan memperkukuh keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia. Ini dikira satu langkah amat besar dalam landskap era internet di negara […]
Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan nampaknyapelepas geram habis… dengan penuh semangat beliau meminta Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kehancuran di Gaza, dengan anggaran kerugian mencecah AS$100 bilion. Erdogan menegaskan Israel mesti membayar harga atas kemusnahan yang mereka lakukan serta memberi pampasan bagi membiayai proses pembinaan semula Gaza. “Israel dan […]
Ada yang belum beres tentang Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Sebab itu kebelakangan ini tidak menghairankan jika ada pihak yang terus menerus teropong gerak langkah politiknya. Sekalipun situasinya agak sudah sejuk sikit sekarang namun isu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri nak keluar UMNO agak mengegarkan senario politik megara pada pertengahan Disember lalu. Isu ini […]
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata KDN akan terlibat dalam kluster keselamatan merangkumi 10 agenda utama yang akan menjadi panduan dalam semua mesyuarat di peringkat pegawai, pegawai kanan dan kementerian. “Antara yang menjadi fokus […]
Polimek isu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain makin hangat. Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pada Sabtu tampil menyuarakan pandangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Menerusi hantaran di laman facebooknya beliau menegaskan garis panduan mengenai hal itu perlu untuk dijadikan sumber rujukan. Beliau memberi contoh tentang panduan peraturan jalan raya, “Sama […]
Jemaah Menteri hari ini memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet pagi ini dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal […]
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara pada 7 Februari, bagi menjalani rawatan. Mengiringi bersama ialah dua putera Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja […]
Kecuali puak zionis dan sekutunya…majoriti masyarakat dunia anggap cadangan Amerika-Israel nak ambilalih Gaza dan memindahkan rakyat Palestin ke negara jiran satu ‘kerja gila’ Bayangkan orang Palestin sebagai penduduk asal terpaksa angkat kaki dan serah negara pada musuh mereka. Ia bukan saja tidak pernah terfikir oleh mereka yang waras fikiran malah ia bercanggah dengan semua konvensyen […]










