Category Archives: FOKUS

Tol percuma musim perayaan… Kerajaan sedang perinci pendekatan lebih bersasar

Bukan batal terus sebaliknya kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan, itu penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya langkah ini selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh. “Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol […]

Malaysia lebih fleksibel… Tak ikut cara Australia haram media sosial untuk 16 tahun ke atas sahaja

Muktamad… Malaysia tidak akan mengikuti cara Australia yang meluluskan undang-undang untuk mengharamkan penggunaan media sosial kepada remaja bawah usia 16 tahun. Sebaliknya Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak dengan mempertimbangkan latar belakang sosio-budaya dan landskap perundangan negara. “Sebagai contoh […]

Vivy Yusof, suami mengaku tak bersalah pertuduhan pilihan salah guna dana pelaburan RM8 juta

Vivy Yusof, suami mengaku tak bersalah pertuduhan pilihan salah guna dana pelaburan RM8 juta Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu. Vivy Yusof atau nama […]

Ini jumlah harta dua anak Tun Mahathir yang isytihar pada SPRM…RM1 billion dan RM246 juta

Setelah menunggu selama setahun akhirnya jumlah harta milik dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad yakni tokoh koprat Tan Sri Mokhzani dan Mirzan terjawab. Ini ekoran Langkah mereka mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jumlah aset Mokhzani yang diisytihar keseluruhan lebih kurang RM1 bilion. Nilai peribadi beliau adalah dalam RM360 juta. Yang lain […]

Polis tidak sewenang-wenang periksa telefon bimbit – KPN

Kebimbangan orang ramai termasuk aktivis hak asasi terhadap laporan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan untuk memeriksa telefon bimbit orang awam dijelaskan semula oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Menurutnya, pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya secara rambang melakukan pemeriksaan telefon bimbit orang ramai di tempat awam sebaliknya polis hanya akan melakukan pemeriksaan terhadap individu […]

MCMC akan lancar ‘chatbot’ bagi sahkan maklumat disebar di media sosial benar atau tidak…

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membangunkan satu ‘chatbot’ bagi mengesahkan maklumat disebarkan di media sosial sama ada betul atau tidak. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ‘chatbot’ berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Pendekatan itu merupakan salah satu usaha kementerian bagi membantu pengguna membuat pengesahan tentang sebarang maklumat yang mereka terima dalam media sosial termasuk […]

Jabatan Peguam Negara fail permohonan gag order Titah Adendum…

Kini samaada nanti ada atau tidak perintah larangan yang kini lebih popular disebut ‘gag order’ untuk cakap dan bincang Titah Adendum berkaitan isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak terletak sepenuhnya atas budibicara mahkamah. Sekalipun wujud polimek hangat dimana banyak pihak menentang langkah mengadakan larangan berkenaan, namun Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak berganjak dari pendiriannya. […]

Menteri Komunikasi dedah empat aplikasi pilihan scammer dan langkah kerajaan mengatasinya…

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan empat jenis aplikasi yang dikenal pasti sebagai platform yang paling kerap digunakan untuk memerangkap mangsa ‘scammer’. Empat aplikasi tersebut adalah Facebook, Whatsapp, Telegram dan TikTok. Bagi menangani kepada masalah tersebut kata Fahmi adalah beberapa langkah sudah diambil termasuk melesenkan platform media sosial serta membuat pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia […]

Ancaman digital: Malaysia gesa penubuhan Pasukan Petugas Jenayah Siber ASEAN

Malaysia menggesa penubuhan Pasukan Petugas Jenayah Siber ASEAN yang mirip Interpol untuk memudahkan pertukaran maklumat secara masa nyata dan kerjasama serantau dalam menangani ancaman digital dengan berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata pengembangan […]

Rakyat Malaysia di luar negara sukar untuk mengundi… ini jawapan PM

Isu yang jadi panas setiap kali menjelang pilihanraya umum adalah ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara sukar untuk mengundi. Dalam Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Belgium, beliau ditanya mengenai isu ini. Menurut Anwar, beliau telah pun membangkitkan mengenai isu undi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.