Category Archives: FOKUS

ADUN Sungai Sibuga,Sabah meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 11.20 Ahad malam. Berahim Nasip yang juga ipar kepada Allahyarham mengesahkan pemergian Mohamad Hamsan, 65, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat disahkan. “Jenazah sedang dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan […]

Moga insiden belasah OKU di Chukai,Terengganu jadi pengajaran…

Siapa saja yang melihat video tular kejadian lelaki dibelasah beramai ramai di tapak Pasar Tani Padang Astaka Chukai,Kemaman, Terengganu Jumaat lalu tentu merasa ia sangat tidak wajar sekali…apa lagi lelaki itu seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental. Puncanya cuma motosikalnya merempuh sebuah gerai di situ. Perasaan sedih dan sebak dikongsi menerusi luahan rasa isteri kepada […]

Dalam masjid di London… PM ikrar Malaysia bantu bina semula Gaza

Di hadapan ratusan jemaah Masjid East London sebelum solat Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberikan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata memberitahu jemaah bahawa Malaysia akan membantu dalam pembinaan semula Gaza. Anwar berkata Malaysia akan berdoa agar gencatan senjata yang diumumkan semalam berterusan. “Ada cabaran, kami berdoa (gencatan senjata) akan kekal. Kami […]

RM700 juta diluluskan… 4,000 penjawat awam jadi mangsa sindiket penipuan pinjaman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa agensi kerajaan lagi mengempur satu kartel pinjaman kewangan yang telah memperdaya lebih 4,000 penjawat awam. Lebih memeranjatkan adalah kartel tersebut didalangi pegawai bank di beberapa institusi kewangan negara, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam perkembangan terkini siasatan kes itu pada 17 Januari, SPRM […]

Anwar sambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang bakal berkuat kuasa Ahad ini. Bercakap kepada media Malaysia di London, Anwar yang dalam lawatan kerja ke United Kingdom berkata langkah penting itu memberikan kelegaan yang sangat diperlukan penduduk Gaza, yang telah menanggung penderitaan. “Saya mengakui usaha Mesir, […]

Apa lagi andaian…kalau Menteri kata gag order pasal Titah Adendum bukan arahan kabinet

Polimek mengenainya pasti akan berterusan…namun kesimpulan sudah dapat dibuat bahawa gag order melarang sesiapa sahaja membincangkan isu berkaitan kes Titah Adendum adalah langkah tersendiri Jabatan Peguam Negara (AGC). Apa lagi andaian yang ada jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berpendapat permohonan gag order itu tidak sepatutnya […]

Intai logo halal…juga tolong pantau kilang proses makanan yang bikin muntah

Ini bukan isu baru…ibarat kata tenggelam timbul dari masa ke semasa. Malah ada yang kata sudah penat nak cakap isu logo halal. Riuh seketika…lepas itu senyap sunyi macam tidak ada hal. Sebenarnya bukan setakat isu logo halal tetapi isu kebersihan premis dan kilang proses makanan juga harus diintai. Ini bukan hal main main. Kita sudah […]

Anak Menteri dah sah kahwin di negara jiran…cinta terhalang

Kes seorang anak Menteri yang jadi viral baru baru ini kerana dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungannya sebenarnya sudah berkahwin di negara jiran September lalu. Siasatan polis dapati mereka mereka ini bercinta dan ingin berkahwin namun ada halangan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain beritahu Selasa sijil nikah mereka adalah sah. […]

SARA disalur melalui MyKad kepada 700,000 penerima, libat peruntukan tertinggi dalam sejarah

Mulai esok (Rabu) kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok, 15 Januari 2025, melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar dengan peruntukan tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu. Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya […]

Kerajaan akan mohon ‘gag order’ berkait Titah Adendum… Peguam Najib bantah

Pihak kerajaan akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang ditemui di lobi mahkamah memberitahu media pihaknya akan memfailkan perkara itu 20 Januari depan. Ditanya alasan permohonan itu, […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.