Bersatu memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan lima ahli Parlimennya yang beralih sokongan. Saman pemula itu bagi menuntut perisytiharan keputusan Johari yang tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat Bersatu sebagai tidak berperlembagaan. Plaintif, Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Datuk Seri Dr […]
Category Archives: FOKUS
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Malaysia tetap konsisten dengan pendiriannya terhadap isu Israel dan Palestin, menekankan bahawa Putrajaya tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik. Dalam satu sidang media bersama wartawan Malaysia di Lima,Peru yang diadakan selepas sesi perbincangan di Sidang Kemuncak APEC, Anwar menjelaskan bahawa Malaysia tidak menghantar […]
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel, yang berniat mengelirukan. Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri, iaitu Malaysia akan […]
Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 tanpa sebarang pindaan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan itu diambil bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Meski begitu, rakyat masih bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan selagi tidak melampaui batas. “Akta hasutan […]
Tandatanya timbul bagaimana kedudukan kes Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang sudah dibawa ke mahkamah ekoran kematian bekas Menteri Kewangan itu pada pagi Rabu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki tidak dapat memberi sebarang kepastian buat masa ini. Beliau beritahu media urusan SPRM hanya bertanggungjawab untuk menyiasat. Menurutnya, SPRM akan mengadakan perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya dan […]
Al-Fatihah….Satu lagi ikon dalam arina politik dan ekonomi negara sudah tiada. ‘Daim yang diam’.Itu adalah antara kata kata yang dikaitkan dengan tokoh ini. Setelah sekian lama tidak kelihatan di khalayak ramai sejak muncul di komplek mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur pada 29 Januari 2024 untuk didakwa kes isytihar harta…Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada 8.21 pagi […]
Selepas tiga kejadian buli kejam oleh pelajar senior keatas junior di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kata “enough is enough”. Menerusi hantaran di laman X beliau bertanya ‘Nak tunggu ada kematian lagikah sebelum bertindak?.” Syed Saddiq bangkit persoalan ini Ketika memberitahu melalui laman berkenaan beliau telah mengemukakan […]
Nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus menjadi sebutan bukan kerana kecemerlangan pendidikan tetapi kerana kes buli kejam. Ingatkan kes 2017 yang membawa maut seorang pelajar Allahyarham Zulfarhan Osman dan enam pelajar senior dikena hukuman mati mencetuskan kesedaran tentang gejala ini…rupanya tidak. Ngeri mendengar kisah pelajar itu 90 kali ditekap dengan seterika wap, yang menyebabkan […]
Amirul Iskandar Norhanizan, 22 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas tuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior. Dia dituduh menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20 menggunakan seterika wap panas di sebuah bilik asrama Blok Kasturi, ALK UPNM […]
Dakwaan mengatakan kononnya ada sekitar 1.2 juta pelancong rakyat China masuk ke Malaysia tetapi tidak keluar semula bukan cerita baru. Ia sudah lama berlegar. Betulkah kong kalikong yang serius ini berlaku di negara ini? Setakat ini belum ada lagi bukti sahih dan meyakinkan bahawa jumlah pelancong China sebesar itu jadi ‘pendatang haram’ di Malaysia. Hari […]










