Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmennya untuk terus mengambil tindakan terhadap pemimpin yang mengamalkan rasuah, walaupun sekiranya usaha itu tidak mendapat sokongan meluas. “Apabila kita ambil tindakan terhadap pemimpin yang korup ini, bekas pemimpin mahupun pemimpin semasa, ahli perniagaan, pemimpin korporat, yang membazirkan berbilion ringgit, saya tidak nampak sebarang bentuk kemarahan, atau sokongan […]
Category Archives: FOKUS
Sekalipun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berhasrat untuk melihat Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kekal dalam kabinet namun kedua mereka tidak tunjuk tanda tanda akan ‘patah balik’. Malah pada hari ini Jumaat Rafizi muatnaik gambar perpisahan bersama team pembantunya di Kementerian Ekonomi. Katanya,”Saya masuk ke pejabat buat kali […]
Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur buat keputusan lepas dan bebaskan Yusof Rawther dari tuduhan dadah dan milik pistol tiruan pada Khamis semalam…laman media sosial telah diselubungi dengan segala macam komenter dan polimek. Perkembangan ini telah mendorong Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan fitnah berhubung […]
Sehari selepas tragedi terhempas pesawat Air India di Ahmedabad yang mengorbankan 241 dari 242 penumpangnya….dunia dikejutkan dengan tindak ganas Israel terhadap Iran pula. Mengunakan alasan hendak lumpuhkan ancaman senjata nuklear dari Iran… tentera rejim Israel pada Jumaat lancarkan serangan udara keatas beberapa lokasi ketenteraan Iran. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kata operasi ketenteraan terhadap Iran […]
Kerajaan menangung kos perbelanjaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun bagi menghadiri Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 pada Mei lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM486,000 bagi kos berkenaan selepas menerima permohonan daripada Dr Mahathir untuk menghadiri persidangan yang berlangsung di Tokyo itu. “Ada peraturan membolehkan […]
Konsep sekolah menegak yang diintegrasikan bersama perumahan dalam projek Rumah Bakat MADANI di Pulau Pinang dapat menjamin keselamatan pelajar selain mengurangkan tanggungan kos pengangkutan keluarga. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penggabungan elemen pendidikan dalam pembangunan perumahan itu merupakan satu ikhtiar Kerajaan MADANI untuk membina kawasan kejiranan yang bersifat ihsan dan memupuk pembangunan komuniti […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan MADANI amat komited menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa tetapi pembaharuan untuk memerangi ancaman ini akan memerlukan sedikit masa untuk mencapai hasil. “Tiada patah balik. Apa yang saya pasti adalah setiap bulan dan setiap tahun mesti ada sedikit kemajuan dalam menangani isu ini,” kata beliau. […]
Ketika gema takbir Aidiladha masih berkumandang di seluruh negara, suasana hari ini bertukar menjadi episod duka apabila 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, awal pagi tadi. Tragedi menggemparkan yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak […]
Asalnya perbicaraan kes saman bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual dijadual bermula pada Isnin, 16 Jun ini. Namun ia terpaksa ditangguhkan ekoran dari keputusan terbaru yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada hari ini,Selasa. Mahkamah berkenaan telah membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes itu. […]
Susulan kemalangan melibatkan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pagi Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 pelajar tersebut. Beliau berkata musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang, seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan […]










