Isu siasatan kegiatan meragukan di rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melangkah masuk ke episod yang lebih mencuri perhatian pada Jumaat. Ini bila Perlis menjadi negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah. Menerusi […]
Category Archives: FOKUS
Siasatan kes rumah amal kendalian Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) jadi semakin hangat pada Khamis bila polis menahan 19 pemimpin tertingginya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Nasiruddin Mohd Ali. Selain Nasiruddin, mereka yang ditahan termasuk isterinya, anak-anaknya, serta anak-anak bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohammad. Mereka yang terdiri 12 lelaki dan tujuh wanita dibawa […]
Polis menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira jam 6 petang semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang […]
Setelah melalui kontroversi yang panas khususnya antara Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh…tiada perubahan akan dibuat pada dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi beritahu menerusi satu kenyataan pada Rabu mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju mengekalkan dasar sedia […]
Polis setakat ini telah membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH),syarikat yang dikaitkan dengan isu eksploitasi kanak-kanak. Jumlah yang terlibat dalam pembekuan akaun berkenaan ialah RM581,552.31. Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain memberitahu sidang akhbar di Kuala Lumpur Selasa kesemua akaun bank berkenaan dibekukan untuk siasatan oleh Pasukan Siasatan […]
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion Baht (RM129 juta) kepada ekonomi tempatan. Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sittipong Sitthipatprapha, berkata lebih 36,000 pelancong Malaysia memasuki Wilayah Songkhla melalui tiga pintu masuk utama, iaitu Sadao, Dan Prakob, […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya cukup sedar mengenai pelbagai masalah yang sudah lama belenggu sektor pertanian negara ini. Beliau menegaskan segala keputusan yang dibuat haruslah berdasarkan fakta, serta mengambil kira apa yang terbaik untuk petani, nelayan dan pekebun kecil di negara ini. Anwar mahu amalan kartel dalam sektor pertanian negara mesti dan wajib […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa termasuk majlis agama Islam untuk segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan berhubung dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu penting dan tidak […]
Isu penghuni rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) terus mencuri perhatian ramai. Pada Jumaat perkembangan terbaru tersebar menerusi sidang akhbar Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala LUmpur. Katanya hasil saringan keatas 172 penghuni dari 392 mangsa eksploitasi seramai 13 orang […]
Sebarang keputusan mengenai hasil kajian untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran dan syarikat pengendali makanan adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap. Justeru itu katanya, […]









