TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya sendiri mempunyai bukti dan terbuka untuk siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib sama ada […]
Category Archives: FOKUS
Dalam ucapan sempena Hari Kebangsaan 2024,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan pimpinannya tidak akan kompromi dengan perbuatan membawa hasutan kaum, ke arah keganasan dan kebencian dan permusuhan satu sama lain. “Saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar, tugas kita untuk selamatkan negara Malaysia tercinta ini. “Dan kita gunakan segala kuasa dan […]
Dua individu termasuk Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Raduan Che Rose mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tujuh pertuduhan, masing-masing pecah amanah dan bersubahat, membabitkan nilai RM271,000 pada 2023 dan April lalu. Menurut dua pertuduhan, Raduan, 64, selaku Presiden MPN didakwa secara tidak jujur meluluskan transaksi RM71,000 ke dalam akaun […]
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang pagi Selasa atas dakwaan menghasut dalam ucapan semasa ceramah kempen pilihanraya kecil Nenggiri di Felda Perasau pada 14 Ogos. Bekas Perdana Menteri itu minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dibacakan kepadanya di mahkamah itu di […]
Untuk makluman pembaca…sejak semalam,Sabtu (24/8/2024) laman www.x-press.my hadapi sedikit masalah teknikal.Usaha sedang dijalankan untuk baiki masalah yang ganggu kelancaran muat naik berita terbaru dan sebagainya yang berkaitan.Urusan ini dijangka beres esok Isnin atau Selasa untuk dilayari seperti biasa.- Pengarang – 25/8/2024
Usaha pembebasan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini meringkuk dalam penjara terus menjadi salah satu isu yang menguasai Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang sedang berlangsung sekarang. Pada permulaan perhimpunan di Dewan Merdeka WTC,Kuala Lumpur pagi Jumaat para perwakilan diberitahu oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa […]
Apa agaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin nak jawab dengan pendedahan terbaru oleh Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan jumlah sokongan Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum 2022. Pengerusi Perikatan Nasional dakwa beliau telah serahkan sebanyak 115 SD kepada Istana Negara pada waktu itu. Jumlah berkenaan – jika benar – melayakan beliau […]
Bendera Barisan Nasional dengan logo dacing akan kekal berkibar menjadi lambang gabungan itu pada pilihanraya umum ke 16 nanti. Keputusan itu diumum oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi pada sidang media pada hari pertama Perhimpunan Agung Umno 2024 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada Rabu. Katanya kesemua calon daripada […]
Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan. “Polis juga telah merakam keterangan daripada Tan Sri […]
Tan Sri Muhyiddin Yasin yang selesai beri keterangan sejam kepada polis isu ucapan beliau di kempen pilihanraya kecil Nenggiri yang didakwa hina institusi raja tetap berpendirian beliau ‘tak bersalah’. Menerusi kenyataan bertulis yang diedar kepada media Pengerusi Perikatan Nasional itu mendakwa video ucapan masa kempen pada 15 Ogos telah diputar belit dan disunting pihak tertentu […]










