Category Archives: FOKUS

Rafizi…saudara akan sentiasa menjadi sahabat saya

Kepada semua ahli parti yang saya kasihi, rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat sekalian. Salam reformasi dan salam hormat saya ucapkan buat semua. Saya sedar beberapa minggu kebelakangan ini bukanlah tempoh yang mudah buat kita semua. Banyak persoalan dan kebimbangan telah dibangkitkan mengenai pemilihan PKR. Begitu banyak juga kata-kata, pendapat, dan pandangan yang dilontarkan bukan sahaja daripada […]

Menjelang pemilihan PKR yang mendebarkan…’chai’ sudah keluar

Kalau selak balik pemilihan parti politik yang panas lagi meletop di masa lampau… ini boleh dikira satu langkah baru. Petang Rabu tersebar senarai rasmi Team Datuk Seri Rafizi Ramli untuk berentap dengan Team Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan PKR kali ini. Dalam bahas politik senarai itu disebut ‘chai’. Dulunya senarai yang tertera nama si polan […]

Rafizi buat kejutan di akhir kempen…dakwa boleh menang Timbalan Presiden PKR

Tak tahulah apa strateji Datuk Seri Rafizi Ramli…namun pada saat akhir sebelum menutup kempen jelajah HIRUK di Johor Bharu Selasa malam,beliau secara terbuka dakwa boleh pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam hadapi tentangan Nurul Izzah Anwar. Namun dalam ucapan lebih sejam itu Menteri Ekonomi juga secara berjenaka kata beliau akan sakit jantung terkejut kalau menang. […]

Anwar tak risau walaupun pemilihan PKR ‘macam nak runtuh gunung’…

Pada ketika ada kalangan yang bimbang kehangatan pemilihan PKR kali ini ‘macam nak runtuh gunung’ khususnya untuk jawatan Timbalan Presiden boleh gugat keutuhan parti itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau tak sangat susah hati. Perdana Menteri kata ini kerana pemilihan itu adalah dikalangan sahabat lama, sahabat setia, sebilangan besar mereka itu pejuang asal parti. Beliau […]

‘Kau tikam aku…kau minta damai…tak boleh’ – Rafizi

Dewan Komuniti Taman Cempaka di Ipoh yang penuh sesak pada Ahad malam bergema dengan ucapan panas lebih sejam Datuk Seri Rafizi Ramli di majlis kempen jelajah Perak untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR. Di majlis yang guna cogankata ‘HIRUK’ itu beliau buka cerita beberapa kisah dalaman termasuk akui tidak puashati dengan sistem pemilihan PKR kali […]

‘Luka’ pemilihan PKR…Rafizi tolak jemputan rasmi Kongres Pemuda dan Wanita

Cuma beberapa hari lagi menjelang hari penentuan pada 23 Mei ada khabar yang kurang enak menjalar. Ini bukan khabar angin tetapi sudah sah Datuk Seri Rafizi Ramli menolak jemputan untuk laksana tugasnya merasmikan serentak kongres sayap pemuda dan wanita PKR di Johor Bharu pada 22 Mei. Kongres berkenaan akan diadakan sehari sebelum pemilihan jawatan PKR […]

Isu Rafizi-Nurul Izzah: Mari intai drama politik di Kota Kinabalu

PELIK…ada satu drama politik berlaku di Kota Kinabalu pada petang Sabtu yang dikatakan ada kaitan isu kehangatan saingan antara Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Zahirnya ia nampak seperti dua majlis biasa yang berlangsung di tempat berasingan di ibu negeri Sabah. Namun ada kalangan ahli PKR sendiri dikatakan […]

Kempen Timbalan Presiden PKR : Rafizi ‘makin garang’

Jumaat malam…ketika Nurul Izzah adakan pertemuan secara tertutup dengan penyokongnya di Kuantan…Datuk Seri Rafizi Ramli pula tampil garang diatas pentas di Kota Bharu dengan membuka beberapa kisah dalaman parti yang panas. Senarionya membuat ada kalangan pemerhati politik menilai Menteri Ekonomi itu yang kini berdepan tekanan sokongan yang meluas pada Nurul Izzah seolah sudah masuk gear […]

Parti boleh ambil tindakan jika AJK cabang ugut letak jawatan – Fahmi

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang yang mengugut untuk meletakkan jawatan selepas kemenangan dalam pemilihan cabang baru-baru ini atau cuba menggugat kelancaran perjalanan Kongres Nasional PKR. Ketua Penerangan parti, Datuk Fahmi Fadzil berkata, individu yang bertindak sedemikian juga berkemungkinan berdepan tindakan disenarai hitam daripada bertanding sekiranya pemilihan Cabang […]

Nurul Izzah tolak cadangan Rafizi mereka adakan debat terbuka…

Pada Rabu malam…kebetulan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar serentak adakan ceramah kempen untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Menteri Ekonomi buat di sebuah dewan di Temerloh manakala anak Perdana Menteri pula di sebuah dewan di Shah Alam. Kempen Rafizi terus dengan format biasanya secara terbuka termasuk siaran langsung di media sosial. Namun Nurul […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.