Category Archives: FOKUS

Sekalipun jadi ‘king maker’ dalam politik Malaysia…Abang Jo tak minat nak jadi PM

Agak menarik interbiu Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dengan Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dalam ‘Keluar Sekejap’ dimana mereka korek habis corak pemikiran dan pendirian politik tokoh yang jadi Ketua Menteri Sarawak sejak 13 Januari 2017 itu. Interbiu selama dua jam yang dikendali di Kuching pada episod ke 115 […]

Anak Najib ulas dakwaan jumpa pembangkang untuk jatuhkan kerajaan negeri Pahang

Assalamualaikum semua, Saya Mohamad Nizar bin Mohamad Najib ingin menafikan sekeras-kerasnya desas-desus yang menyatakan Saya telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk jatuhkan kerajaan negeri Pahang. Pertemuan dongeng ini tidak pernah berlaku sama sekali. Ayahanda Dato Sri Najib selalu berpesan walau bagaimana susah pun keadaan kita agar setia kepada parti. Mana mungkin Saya akan berkomplot untuk […]

Bicara kes hasutan tangguh, Sanusi hantar representasi kedua ke AGC

Perbicaraan kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang sepatutnya bermula hari ini,Isnin ditangguhkan. Hal ini berikutan Menteri Besar Kedah itu mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan pertuduhan dihadapinya. Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan penangguhan selepas peguam Awang Armadajaya […]

ADUN Rembia hadapi kes berat…ini buktinya

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pada Sabtu adakan sidang video di Tik Tok untuk membuktikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia,Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis yang isytihar sertai PAS Selasa lalu terikat simpul mati dalam akujanji yang cukup berat jika melompat. Beliau tunjuk dokumen yang ditandatangani oleh Jailani semasa hendak jadi calon Barisan […]

Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam: Pejabat Mufti WP

Umat Islam tidak boleh membaca Qunut Nazilah kepada sesama Muslim ketika terdapat pertembungan tidak mengira apa jua sebabnya termasuk perselisihan politik, kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP). Menjawab soalan dikemukakan di laman Facebook pada Sabtu mengenai hukum membacakan doa Qunut Nazilah kepada umat Islam yang lain, Pejabat Mufti WP menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang […]

Peguam Negara tolak permohonan Guan Eng gugur kes rasuah berkaitan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Hasrat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kes rasuah berkaitan projek Terowong Dasar Laut terhadapnya digugurkan tidak kesampaian. Representasi yang dikemukakan oleh beliau yang juga bekas Setiausaha Agung DAP itu ditolak Peguam Negara. Keputusan berkenaan dimaklum Timbalan pendakwa raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. “Kami menerima representasi […]

CEO HRD Corp tawar diri cuti…

Di celah kehangatan isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp)…Ketua Pegawai Eksekutif ,Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Beliau berkata semasa ketiadaannya, organisasi itu akan tetap menjalankan semua proses seperti biasa dan operasi akan terus berjalan lancar demi memastikan tiada sebarang gangguan kepada […]

Ketua Pemuda Umno Kelantan calon BN di PRK Nenggiri

Teka teki siapa calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kawasan (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,Kelantan pada 17 Ogos nanti sudah terjawab. Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada sidang media Khamis umum orangnya ialah Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azmawi Fikri Abdul Ghani. PRK ini diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd […]

Antara punca arked dan premis niaga MARA lesu…

Kalau kita tinjau arked dan premis niaga MARA di seluruh negara didapati sebahagiannya sepi dan lesu. Pengerusi MARA Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Khamis mendedahkan antara puncanya. Beliau berkata, penyewa terbabit mengambil kesempatan menyewa premis MARA yang murah untuk tujuan tidak sepatutnya. “Ramai ambil kesempatan sewa murah, jadikan premis Mara tempat stor atau tidak […]

Rupanya…lebih banyak syarikat bukan bumiputra ada sijil halal

Tahukah anda….hanya hanya 3,619 syarikat bumiputera disahkan mempunyai persijilan halal berbanding 5,720 syarikat bukan bumiputera. Jumlah berkenaan bermakna sekarang ini syarikat bumiputra yang mempunyai sijil halal cuma 39.6 peratus. Hal ini diberitahu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal kata […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.