Seperti yang diduga dan diharapkan hanya calon Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional (PN) saja akan berentap di pilihanraya kecil Kawasan dewan undangan negei (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang pada 6 Julai ini. Ketiadaan mana mana calon lain yang kacau daun menjadikan persaingan dua gabungan PH-BN VS PN ini lebih panas,menarik dan mendebarkan. Bekas Pengarah […]
Category Archives: FOKUS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak bersikap realistik dan tidak main ‘pukul borong’ dalam isu memutuskan hubungan dengan syarikat yang ada kaitan dengan Israel. Beliau juga berharap jangan jadikan isu itu untuk tunjuk siapa lebih ‘pahlawan’. Serentak dengan itu beliau mengingatkan ekonomi Malaysia akan terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan […]
Pemuda Umno mendesak kerajaan menghentikan serta-merta penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP) atas nama solidariti bersama rakyat Palestin. Pergerakan itu menilai penjualan sebanyak 30% saham MAHB itu amat bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini yang mendokong perjuangan Palestin. Pendirian ini ditegaskan oleh Ketuanya, Dr Muhamad Akmal […]
Perhatian kini bertumpu kepada Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor setelah Speaker DUN Kelantan umum kerusi DUN Nenggiri kosong bermula hari ini. Keputusan itu melibatkan kerusi DUN yang diwakili oleh Mohd Azizi Abu Naim yang juga Ahli Parlimen Gua Musang yang digugur keahlian parti Bersatu kerana umum sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar […]
Kerajaan akan meneliti implikasi berhubung cadangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata syarat-syarat ketat mengenai cadangan itu juga perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan. “Hal itu (meletakkan SPRM di bawah Parlimen) harus kita bincang … kita […]
Harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini. Ini bermakna harga semua telur berkenaan diturunkan 3 sen sebiji. Menerusi satu kenyataan pada Isnin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi […]
Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT.
Kalau rajin pasang telinga dan selak sana sini di media sosial isu kenaikan harga ekoran penyasaran subsidi diesel yang kini berharga RM3.35 seliter semakin cetuskan kebimbangan. Ini bukan khabar angin dan ini juga bukan cerita dongeng. Malah ada sebilangan yang secara terbuka pasang iklan untuk maklum pasal keputusan mereka naikan harga. Semuanya beri pelbagai ragam […]
Episod kes bunuh Allahyarham Zayn Rayyan yang cukup mendebarkan dan mencuri perhatian satu negara berakhir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tengahari Khamis. Penamat cerita setakat ini nyata jauh dari dugaan sesetengah pihak bahawa ibubapa kanak kanak autisme yang ditemui mati tidak jauh dari rumah padsa 6 Disember lalu mungkin berdepan pertuduhan berat yakni membunuh. Sebaliknya […]
KUALA LUMPUR – Polis telah menggunakan segala peruntukan di bawah bidang kuasanya dalam menyiasat kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin termasuk menyekat komunikasi antara kedua ibu bapanya dengan peguam ketika direman. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, polis diberikan hak untuk menolak pemohonan peguam untuk berjumpa pasangan […]










