Category Archives: FOKUS

Anwar tak goyang…walaupun dimaki berbakul-bakul

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan langkah penyasaran subsidi diesel mulai Isnin dan tidak menunjukkan sebarang tanda beliau ‘goyang’ dalam berdepan pelbagai kritikan. Beliau mengambarkan pendirian tegas itu semasa berucap di majlis himpunan bulanan bersama warga Jabatan Pertana Menteri semalam,Isnin dan hari Selasa di perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan. Ekoran penyasaran itu harga […]

Imbas kembali….Kes bunuh dua kanak kanak kembar autisme yang gemparkan Singapura

Penyiaran semula berita kejadian yang pernah gemparkan Singapura pada tahun 2022 ini sebagai ‘throwback’ atau imbas kembali untuk bacaan. Ia bukan untuk mengaitkan atau mewujudkan prejudis terhadap sesiapa dalam mana mana kes yang berlaku di Malaysia samaada yang baru atau lama termasuk kes Zayn Rayyan yang kini mencuri perhatian ramai. Anggaplah ini salah satu kejadian […]

Debaran kes tujuh wakil rakyat Bersatu…hari penentuan makin hampir

Mesyuarat kedua Dewan Rakyat bagi tahun ini akan berlangsung selama 15 hari mulai 24 Jun hingga 18 Julai. Namun menjelang sidang kali ini ada isu kontrovesi panas yang perlu dibereskan. Soalnya apakah akan ada tanda noktah pada isu ini atau akan terus berlarutan ibarat kapal yang tidak ada haluan. Semua orang sudah sedia maklum mengenai […]

DUN Sungai Bakap…pilihanraya kecil ‘yang sangat besar’ bagi PH dan PN

Dengar cerita ramai pasang teropong pada pilihanraya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini berikutan kematian penyandang Allaharham Nor Zambri Latif dari PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN). Kalau tanya kalangan pemerhati politik…kebanyakan berpendapat ia lebih menarik dan mendebarkan dibandingkan dengan PRK di […]

Anak Hamzah Zainuddin berdepan tuduhan rasuah RM100,000 pula…

Muhammad Faisal Hamzah,anak kepada Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah. Pada April tahun lalu beliau berdepan sembilan pertuduhan berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi di Mahkamah Sesyen Seremban dan mengaku tidak bersalah. Pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula Faisal berdepan pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000. Beliau mengaku tidak […]

TPM mahu siasatan segera dakwaan ada kontena syarikat kapal Israel di pelabuhan di Johor

Betulkah masih ada kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad kata beliau beliau terkejut apabila menerima aduan penduduk prihatin yang mendakwa pelabuhan berkenaan masih menerima masuk kontena yang dibawa dari Israel. Hal ini telah mengundang reaksi Timbalan […]

Isu pengiring didakwa pukul pemandu OKU…TMJ mahu siasatan penuh

Isu seorang pemandu e-hailing kurang upaya (OKU) dakwa dipukul oleh seorang pegawai pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dekat Hotel St Regis di Kuala Lumpur pada 28 Mei telah mengundang reaksi baginda. Pada Jumaat menerusi laman X baginda menegaskan tidak merestui sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. “Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau […]

Kes 1MDB Najib: Pendakwaan tutup kes selepas 235 hari bicara

Pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram bekas Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana Malaysia Development Berhad (IMDB) menutup kesnya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur,Khamis. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya membuat keputusan untuk menutup kes itu selepas tiada lagi […]

Jenuh Azam Baki ‘bersilat’ jelaskan antara fakta dan persepsi isu kontrak syarikat suami Menteri Belia dan Sukan

Dalam keadaan biasa pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di negeri itu mungkin berlalu sebagai salah satu urusan biasa. Namun ia sudah meletup menjadi satu isu besar. Ini gara gara kontrak itu dianugerahkan kepada dua syarikat. Salah satunya ialah Asia Mobility Technologies […]

Subsidi diesel RM200 sebulan…permohonan mulai hari ini,Selasa

Yang ditunggu sudah tiba…Kementerian Kewangan pada Isnin keluar kenyataan mengenai butiran penyasaran subsidi diesel yang kerajaan setuju laksana. Langkah yang dikenali sebagai Program Bantuan Subsidi Madani ini terbahagi pada dua kategori iaitu Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi. Budi Individu ialah untuk pemilik kenderaan diesel persendirian manakala Budi Agri-Komoditi untuk petani kecil dan pekebun kecil komoditi. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.