Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah sita telefon bimbit dan kad sim milik Datuk Aliff Syukri yang memuat naik video lagu hari raya yang cetus kontrovesi. Kad sim itu disita semasa beliau dipanggil untuk rakam percakapan di ibupejabat MCMC. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kata telefon bimbit dan kad sim itu dihantar ke forensik untuk […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Lembaga Tabung Haji (TH) pada Selasa umum agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023. Kadar dividen berkenaan ialah sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya. Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion, berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, […]
Yang pertama di Bidor Perak pada 26 Mac…kedua di Kuantan,Pahang 30 Mac dan kini yang ketiga di Kuching Sarawak. Kes ketiga ini berlaku di KK Mart di Jalan Satok,Kuching pada 31 Mac. Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian itu menerusi satu kenyataan. “Polis menerima laporan daripada pekerja kedai berusia 25 tahun yang melaporkan […]
Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak yang akan dibayar Jumaat ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata turut mendapat bantuan khas itu adalah pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250. “Insya-Allah saya telah maklumkan […]
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta dan kredibiliti beliau. Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau pada Ahad, Fadhlina menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R […]
Mahkamah Tinggi pada Jumaat memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara. Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan itu selepas […]
Ini agak lawak sikit…oleh kerana guna warna tema garisan oren dan hijau seperti KK Mart…sebuah kedai runcit L&M Super Mart di Bukit Bintang,Kuala Lumpur juga terkena tempias boikot. Berlegar dakwaan di media sosial pengurusan KK Mart nak main ‘silap mata’ untuk kelirukan pelanggan dengan menukar logo mereka. Langkah ini didakwa ekoran kempen boikot anjuran Pemuda […]
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai dakwaan terhadap ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion. Anwar berkata beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan, selepas mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu. “Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan […]
Disebalik pendakwaan dikenakan keatas tauke KK Mart dan pembekal stoking tertera kalimah Allah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Selasa…ada satu kes lain yang tentu menarik parhatian. Dalam kes itu KK Mart atau nama penuh syarikat itu KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dilaporkan sudah memfailkan saman terhadap syarikat pembekal stoking tertera kalimah Allah, Xin […]
KUALA LUMPUR: Satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku setakat ini membabitkan seorang pemuda berusia 22 tahun. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata kes kematian itu berlaku di Maran, Pahang pada 2 Februari lalu. “Kita bersyukur, kita belum berada di tahap ketiga iaitu […]










