Ingat balik…kes isu Kutty dimana Tun Dr Mahathir Mohamad saman Datuk Seri Zahid Hamid atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang telah menjejaskan reputasinya. Hari ini Selasa sekali lagi perbicaraan kes itu yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hingga 16 Februari terpaksa ditangguhkan. Kali pertama ia ditangguhkan pada Ssptember tahun lalu. Pada hari […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
MALAYSIA merupakan antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8 peratus. Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand dan sedang berusaha untuk mengejar. Kedua-duanya menggunakan sistem Cukai Barangan dan […]
PUTRAJAYA – Kes dua wanita Islam yang mencabar isu perlembagaan bagi membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel sembilan anggota Mahkamah Persekutuan hari ini berkata, isu yang […]
KUALA LUMPUR – Semua pihak berkepentingan dan yang terlibat dengan Mahkamah Syariah akan segera dipanggil bagi membincang serta menilai langkah pemerkasaan seterusnya bagi mahkamah itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut memberi jaminan sekiranya terdapat keperluan pindaan atau reformasi undang-undang berkaitan Mahkamah Syariah, ia akan segera dilakukan. […]
Sebanyak lebih RM23 juta hasil daripada pemulihan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk wang dan aset berjaya diperoleh semula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2023 dan bulan ini. SPRM dalam kenyataan Khamis memaklumkan wang dan aset berkenaan berjaya diperoleh menerusi proses lucut hak termasuk di mahkamah selain penyerahan sukarela lima individu dan […]
PUTRAJAYA – Calon Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan setelah selesai beberapa proses dokumentasi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Menurutnya nama calon tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet dan pada masa yang sama kementerian itu dalam proses merombak struktur J-Kom. “Yang lebih penting daripada pelantikan KP J-Kom seperti yang […]
PUTRAJAYA — Bayaran Insentif Awal sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, dibayar sekali gus pada 23 Februari ini. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya […]
Satu krisis kecil timbul dalam PKR bila Ahli Parlimen parti itu dari Pasir Gudang,Johor Hassan Karim mempertahankan cadangan agar Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi undur diri. Beliau yang diberi amaran keras oleh Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil agar tidak menjaga tepi kain parti lain…kata sedia dipecat. Hassan pada 31 Disember baru ini kata Zahid […]
Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala Raja atau Yang Dipertua Negeri memiliki kuasa sama bagi kesalahan yang dilakukan di negerinya. Hal ini dinyatakan dalam peruntukan bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perkara […]
Sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah di Melaka diarahkan tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor. Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dorothy Dayang Henry Sum berkata arahan penutupan selama 14 hari bermula petang Khamis semalam itu dikeluarkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan […]










