Category Archives: TAHUKAH ANDA

Polis sokong vape diharamkan secara menyeluruh

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong penggunaan vape, atau rokok elektronik, diharamkan secara menyeluruh di Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata ia sebagai langkah proaktif dan tegas dalam melarang penggunaan vape mengandungi dadah, yang kini dilaporkan semakin membimbangkan. “Jabatan Siasatan Jenayah akan menyokong cadangan […]

Kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasaran. Beliau berkata ia merupakan komitmen pentadbirannya untuk mengekalkan ketelusan dan profesionalisme dalam landskap korporat dan ekonomi Malaysia. Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan perniagaan perlu didorong oleh merit, kecekapan serta realiti pasaran dan bukannya […]

Bank wajib keluar notis jika tutup akaun pelanggan

Semua institusi kewangan kini diwajibkan memaklumkan secara bertulis kepada pelanggan sekiranya akaun mereka ditutup termasuk apabila disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram atau disalah guna sebagai akaun keldai. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, langkah itu penting bagi memastikan tindakan penutupan akaun dilaksanakan secara telus dan adil termasuk melindungi pemilik akaun yang terkesan […]

Inkues Zara: Pelajar senior tidak percaya Zara Qairina mencuri

Seorang pelajar senior memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bahawa dia tidak percaya terhadap tuduhan kononnya Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencuri, sebaliknya menggambarkan remaja itu suka membantu rakan-rakannya. Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-16, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada hari ke-25 prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner […]

Trump sahkan akan datang ke Malaysia dalam masa terdekat…

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata beliau akan mengadakan lawatan ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat sambil menegaskan hasratnya untuk terus “bersikap baik terhadap China”, lapor Agensi Berita Kyodo. Meskipun ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali meningkat, Trump sekali lagi menzahirkan nada optimis menjelang kemungkinan pertemuannya dengan Presiden […]

Seleweng dana zakat: Siasatan dalaman, laporan SPRM telah dibuat

Tiada sebarang usaha cover up untuk melindungi mana-mana individu terlibat dalam dakwaan penyelewengan dana zakat dan tindakan tegas akan diambil mengikut peraturan serta undang-undang sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, rasuah atau penyalahgunaan kuasa, […]

Sidang Kemuncak ASEAN: KLCC semakin berseri

Hanya berbaki enam hari sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 membuka tirai pada 26 Okt ini, suasana di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semakin sibuk dengan kerja-kerja pemasangan struktur, hiasan luaran dan landskap. Tinjauan Bernama hari ini mendapati pelbagai hiasan berunsur identiti ASEAN mula menghiasi kawasan luar KLCC, termasuk arca dan dekorasi bertemakan perpaduan serantau […]

871 warga China ditangkap salahguna visa pelancong…

Sebanyak 3.45 juta pelawat dari China direkodkan masuk ke Malaysia sehingga 30 September lalu, dengan 871 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Daripada jumlah itu, 418 pelancong ditahan kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja atau berniaga. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, angka itu menunjukkan kadar penyalahgunaan pas masih rendah […]

Kibar bendera Israel termasuk perbuatan melampaui batas syarak – Mufti Wilayah

Tindakan mengibarkan bendera Israel secara terbuka adalah dilarang kerana termasuk dalam perbuatan yang melampaui batas syarak apabila menzahirkan pengiktirafan terhadap kezaliman dan menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Mufti Wilayah Persekutuan Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil berkata tindakan itu juga bercanggah dengan dasar luar Malaysia yang menolak sebarang hubungan dengan Israel. “Oleh itu, umat Islam […]

MyCC perlu dikaji semula… gagal lindungi rakyat – MP Jelebu

Kerajaan dicadang mengkaji semula struktur serta fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang ketika ini dilihat tidak menepati objektif penubuhan asalnya untuk melindungi kepentingan pengguna dan memastikan pasaran adil serta kompetitif. Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkata, MyCC dilihat hanya memberi tumpuan kepada isu teknikal dalam sektor kurang kritikal, selain mengejar kes berprofil tinggi tanpa impak […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.