Category Archives: TAHUKAH ANDA

Tiga hari selepas tandatangan kontrak… pencarian MH370 digantung, sambung semula hujung 2025

Pencarian pesawat penerbangan, MH370 Malaysia Airlines (MAS), oleh syarikat Ocean Infinity telah digantung dan akan disambung pada musim panas pada akhir 2025. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keputusan itu dibuat kerana keadaan cuaca semasa tidak sesuai untuk pencarian pesawat tersebut. Beliau turut mengesahkan kerajaan Malaysia sudah menandatangani satu perjanjian dengan Ocean Infinity minggu lalu untuk […]

Selepas kejadian ‘Abang Belon’… DBKL perluas pengunaan kemera badan untuk penguat kuasa

Kekecohan antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan peniaga tanpa lesen dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru ini menjadi titik tolak untuk PBT tersebut memperluaskan penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota penguat kuasa. Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Lai Chen Heng berkata, penggunaan kamera badan sebenarnya sudah mula diaplikasikan, namun setakat ini hanya digunakan dalam […]

MCMC rakam percakapan individu muat naik kandungan jelik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang pegawai khidmat pelanggan hari ini, yang dipercayai memuat naik kandungan bersifat jelik melampau dan menyentuh sensitiviti kaum melalui platform X. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sesi rakaman percakapan itu telah dijalankan di ibu negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Sebuah telefon pintar dan […]

MB: Hasil siasatan awal diperincikan esok oleh Ketua Polis Selangor

Hasil siasatan awal insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa dijangka diperincikan esok. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan diperincikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan merangkumi dua aspek utama iaitu teknikal dan kecuaian atau kesalahan jenayah. Beliau berkata bagi aspek teknikal, siasatan dikendalikan beberapa jabatan […]

Gempa bumi Myanmar: SMART selamatkan mangsa terperangkap lebih 72 jam

Psukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengesan dan menyelamatkan seorang mangsa yang masih hidup selepas 72 jam terperangkap di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar, petang Rabu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mangsa lelaki berusia 40-an itu ditemui di bawah runtuhan di Worksite K10, iaitu kawasan […]

‘Abang Belon’ nafi dia cetus kekecohan…

“Patah tulang belakang, tok,”…itu adalah antara kata kata ‘Abang Belon’ dengan suara putus-putus dan nadanya sebak semasa perbualan ringkas menerusi telefon dengan Ketua Pemuda UMNO,Datuk Dr Akmal Saleh. Dr Akmal telah hubungi pemuda yang berasal dari Jerantut itu untuk bertanya khabarnya selepas insiden bergelut dikhalayak ramai dengan beberapa orang penguatkuasa DBKL kerana berniaga tanpa lesen […]

Rasionalisasi RON95: 90 peratus rakyat tidak terkesan…kecuali orang asing dan maha kaya – PM Anwar

Pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 sebahagian besarnya hanya memberi kesan terhadap golongan kaya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, 85 hingga 90 peratus rakyat tidak akan terkesan dengan pelaksanaan itu bagi separuh pertama tahun ini. “Mekanisme secara terperinci kita buat, tapi saya tak fikir rakyat biasa runsing sebab 85 hingga 90 peratus tidak terkesan, […]

Mekanisme penyasaran subsidi RON95 masih diperhalusi, sistem MyKad dalam pertimbangan

Mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 sedang diperhalusi yang akan melibatkan harga dua peringkat dengan kemungkinan menggunakan sistem MyKad, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata kerajaan tidak mahu membuat sebarang pra-pengumuman mengenai pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 pada masa ini dan dijangka mengumumkannya selepas separuh pertama tahun ini. “Perkara paling penting yang […]

Pertama kali dalam sejarah harga barang turun menjelang Aidilfitri

Selalunya setiap kali menjelang sambutan perayaan utama dalam negara, harga barang keperluan asas terutamanya makanan akan naik harga. Tapi tidak untuk tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengaku berbangga dengan pencapaian pelbagai pihak dalam usaha menurunkan harga barangan itu. Menurutnya perkembangan itu adalah kali pertama dalam sejarah sejak beliau aktif menganggotai […]

PM beri masa sebulan pada Felda kemuka hala tuju baru

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan pendekatan hala tuju baru agensi itu. Anwar berkata ia bertujuan bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik kepada peneroka. “Saya akan pastikan seluruh kekuatan jentera kerajaan, Kementerian Kewangan dan pakar lain untuk memastikan kita puas hati dengan pendekatan baharu, hala […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.