Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
PM beri masa sebulan pada Felda kemuka hala tuju baru - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / PM beri masa sebulan pada Felda kemuka hala tuju baru

PM beri masa sebulan pada Felda kemuka hala tuju baru

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan pendekatan hala tuju baru agensi itu.

Anwar berkata ia bertujuan bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik kepada peneroka.

“Saya akan pastikan seluruh kekuatan jentera kerajaan, Kementerian Kewangan dan pakar lain untuk memastikan kita puas hati dengan pendekatan baharu, hala tuju baru (Felda).

“Hal ini supaya dalam masa singkat ini kita dapat memberi keyakinan kepada ratusan ribu peneroka bahawa kita sudah sampai ke tahap lonjakan…itu amat perlu,” kata beliau dalam ucapan Majlis Amanat Perdana dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Felda di Kuala Lumpur Rabu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek.

Perdana menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan Madani akan memastikan Felda di landasan yang ampuh dengan matlamat untuk mengangkat martabat Felda sekali gus menjamin masa depan yang lebih baik buat peneroka dan ekonomi negara.

-Bernama – 26/3/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *