Penjawat awam kekal sebagai tunjang pembangunan negara dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat meskipun dunia semakin kompleks dan berdepan pelbagai cabaran, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi berkata, nilai amanah, kejujuran dan keikhlasan perlu terus menjadi asas dalam perkhidmatan awam, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kecekapan dan perikemanusiaan. “Menjadi penjawat […]
Category Archives: SUARA PEMBACA
Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1447H/2026M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula 3 November ini. Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun dalam satu kenyataan memaklumkan TH membuka proses rayuan haji lebih awal bagi memberikan kemudahan kepada bakal jemaah untuk membuat persediaan yang lebih rapi […]
Pendekatan diplomasi berteraskan “Malaysian Way” yang menekankan keseimbangan, keterbukaan dan saling menghormati terus menjadi tunjang kepada peranan Malaysia di pentas antarabangsa. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia terserlah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan platform Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 untuk menyuarakan isu kemanusiaan di Gaza serta memperkukuh hubungan serantau dan global. Datuk […]
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini bersetuju untuk menamatkan pertikaian peribadi mereka dalam prosiding kes saman fitnah yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar. Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah itu dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa setelah mempertimbangkan kesan daripada tindakan saman serta kos perundangan yang bakal ditanggung […]
Bayangkan sekarang ini seseorang boleh mempunyai lima nombor daripada Maxis, lima daripada Celcom, lima daripada Digi, lima daripada U Mobile dan lima daripada YTL. Ini menjadikan jumlah yang agak besar untuk satu individu. Dewan Rakyat telah diberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melaksanakan dasar baharu yang lebih ketat bagi pendaftaran kad SIM prabayar. […]
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata langkah-langkah proaktif telah dilaksanakan termasuk risikan awal, pemantauan berterusan serta penempatan pasukan tindakan khas di lokasi strategik, bagi menangani […]
Di celah kebimbangan terhadap pelbagai kenaikan kos sudah tentu ramai tertanya tentang jumlah bayaran untuk tunai Haji pada musim ini. Pokoknya…jangan bimbang. Bakal jemaah boleh menarik nafas lega mendengar pengumuman yang dibuat menerusi satu kenyataan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada Rabu. TH maklum kos dan bayaran haji bagi jemaah muassasah untuk musim haji 1447 […]
Kerajaan Madani menunjukkan komitmen berterusan untuk menambah baik kemakmuran Sabah dengan meningkatkan Pemberian Khas Persekutuan kepada negeri itu sebanyak dua kali ganda kepada RM600 juta pada 2025, menjadikannya kadar tertinggi pernah direkodkan setakat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran penuh RM600 juta telah disalurkan pada 10 September lepas, hasil persetujuan antara kerajaan […]
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), muncul juara apabila dinobat sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik pada Program Madani Rakyat (PMR) Melaka 2025 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam. Pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan peranan NADI sebagai platform rakyat dalam memperkasa kemahiran digital, akses […]
Ibarat sudah terang lagi bersuluh…pengulas politik asal Australia, Murray Victor Hunter boleh nampak sendiri padah dari tindak tanduknya menerbitkan beberapa artikel antara April hingga November 2024 yang mengandungi kenyataan palsu serta berunsur fitnah terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Mahkamah Tinggi Shah Alam Rabu,semalam membuat keputusan dia melakukan fitnah dalam saman sivil yang difailkan […]










