Blok ASEAN digesa untuk bersama dalam konsensus bagi mendepani isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) agar semua negara anggota mendapat manfaatnya, kata pakar ekonomi. Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS) Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menegaskan Malaysia wajar meyakinkan negara anggota ASEAN supaya bersama-sama sebagai satu suara dalam usaha mengadakan rundingan […]
Category Archives: YANG VIRAL
Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) 2025 yang dilancarkan di bawah Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, bertujuan merapatkan jurang bakat dalam kalangan negara anggota bagi mewujudkan tenaga kerja serantau yang lebih tangkas dan berdaya saing. AYOS 2025 yang bertemakan “Bridging Talent, Building ASEAN” dan diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) itu menumpukan […]
Lebih 1,200 pendaftaran media diterima, termasuk 500 media antarabangsa untuk membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di Pusat Konvenseyn Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini dedah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi berkata demikian ketika meninjau persiapan di Pusat Media Antarabangsa (IMC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di KLCC. “Jumlah penyertaan […]
Malaysia mengulangi pendirian tegas bahawa kesihatan rakyat adalah asas kepada pembangunan mampan, sambil menzahirkan sokongan terhadap solidariti global serta menggesa gencatan segera serangan kemanusiaan di Gaza. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata One World for Health amat bertepatan dalam usaha membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan. “Krisis kemanusiaan di Gaza adalah […]
Pejabat Agensi Berita Rusia (TASS), yang terletak di persimpangan Tverskoy Boulevard dan Bolshaya Nikitskaya Street di pusat bandar Moscow, merupakan lokasi yang sangat strategik dan mudah dikenali. Saya berpeluang menghadiri majlis makan tengah hari bersama Ketua Pengarah TASS Andrey Kondrashov, di sebuah bilik luas dengan pemandangan indah ke daerah Presnensky. Kondrashov, bekas pembaca berita televisyen, […]
“Lawatan ini tidak bererti Malaysia berpihak kepada mana-mana blok kuasa. Hubungan dengan Rusia tidak menjejaskan persahabatan kita dengan Amerika Syarikat, China atau mana-mana rakan dagang lain.” Itu antara kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman facebooknya pada Sabtu di akhir lawatan ke negara kuasa besar itu. Perdana Menteri menegaskan Malaysia berhak menentukan hala tuju secara […]
Keupayaan ASEAN mengekalkan keneutralan dan berinteraksi dengan semua kuasa besar tanpa terjerumus ke dalam persaingan geopolitik adalah berakar umbi daripada rasa hormat bersama dan diplomasi inklusif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjelaskan pendekatan berkenaan telah membolehkan rantau ini kekal aman dan berdaya tahan ekonomi meskipun wujud ketegangan global yang meningkat. “ASEAN secara […]
Hospital Putrajaya (HPj) telah melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan sebagai satu daripada Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata pengiktirafan itu bukan sekadar angka atau gelaran tetapi cerminan kepada dedikasi doktor, jururawat dan petugas perubatan yang bertungkus-lumus memberikan […]
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas 17 pertuduhan pecah amanah dana milik Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) berjumlah RM859,131.29. Ramasamy, 76, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan hakim Zulhazmi Abdullah. Bagi 13 pertuduhan, Ramasamy sebagai Pengerusi LWHPP yang diamanahkan ke atas […]
Malaysia perlu bersedia untuk merebut segala peluang yang ada terutama daripada segi hubungan perdagangan sekiranya hubungan antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) kembali pulih. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata banyak peluang boleh diterokai di Rusia kerana negara itu mempunyai sumber yang pelbagai serta memiliki kekuatan daripada segi teknologi termasuk dalam bidang pertanian dan […]










