Category Archives: YANG VIRAL

PM Thailand berdepan undi tak percaya di Parlimen, Thaksin dituduh jadi punca…

Angin tak ada, ribut tak ada… tiba-tiba Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra bakal berdepan usul tidak percaya di Parlimen yang bermula hari ini. Pembangkang dijangka menyasarkan prestasi ekonomi yang lemah serta pengaruh besar bapanya, Thaksin Shinawatra terhadap pentadbiran beliau. Meskipun meraih sokongan sederhana dalam tinjauan pendapat, Paetongtarn berada dalam kedudukan kukuh menjelang perbahasan tersebut, tanpa […]

Mangsa banjir Johor terima RM3,000 bantuan khas kerajaan negeri

Syukur alhamdulillah… ada berita gembira di sebalik kedukaan penduduk negeri Johor yang terlibat banjir selepas kerajaan negeri mengumumkan akan menyalurkan peruntukan RM11.247 juta sebagai Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima bagi membantu mangsa banjir di negeri itu. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bantuan sebanyak RM3,000 akan diberikan sebelum […]

Terima kasih PMX… lulus bonus raya untuk penjawat awam

Berita gembira untuk semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang akan menerima bonus raya Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan berita baik itu berkata semua bayaran akan dibuat minggu hadapan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata BKK Aidilfitri sebanyak RM250 pula akan dibayar kepada […]

Ketua Menteri Pulau Pinang ulas prasyarat untuk dilantik TYT negeri itu

Sejak heboh cerita bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang lepas raya nanti… macam-macam cerita dok dengar. Antaranya ada yang tidak puas hati dengan perkara tersebut dengan mendakwa Ramli Ngah Talib bukan anak negeri, tidak pernah berkhidmat atau menabur jasa di Pulau Mutiara itu. Bagaimanapun, […]

Ketua WHO rayu Amerika sambung pembiayaan kesihatan global

Amerika Syarikat (AS) perlu mempertimbangkan semula keputusan untuk menghentikan pembiayaan kesihatan global demi keselamatannya sendiri, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. “Kami merayu AS untuk mempertimbangkan semula sokongannya terhadap kesihatan global, kerana ia bukan sahaja menyelamatkan nyawa di seluruh dunia, tetapi juga menjadikan AS lebih selamat dengan mencegah wabak daripada merebak […]

60.7 tan lebihan makanan diselamatkan Ramadan tahun lepas – SWCorp

Sebanyak 60.7 tan lebihan makanan dianggarkan bernilai RM726,000 diselamatkan daripada dibuang menerusi pelaksanaan Program MySaveFood, pada tahun lepas. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, inisiatif itu melibatkan 149 bazar Ramadan di Perlis, Kedah, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Lebihan makanan diselamatkan melibatkan juadah tidak […]

“Raya sama-sama” 50 pengiat seni dan 26 pengamal media terima sumbangan Kementerian Komunikasi

Seramai 50 penggiat seni dan 26 pengamal media tempatan menerima sumbangan berupa wang tunai, pakaian raya dan baucar beli-belah sempena bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kesemua mereka diraikan menerusi majlis “Raya Sama-Sama” anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional […]

Saintis China bangunkan AI kesan kanser berulang

Di saat Barat menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) untuk buat video scam tiru rupa dan suara lawan politik… sekumpulan saintis China membangunkan AI yang mampu meramal risiko kanser hati berulang dengan ketepatan 82.2 peratus. Kanser hati merupakan punca ketiga utama kematian berkaitan kanser di dunia, dengan kadar berulang pasca pembedahan setinggi 70 peratus. Meramalkan berulangnya […]

Jangan ganggu pembangunan semula bandar: Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak menganggu hasrat kerajaan membantu golongan miskin di bandar, dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Beliau berkata usaha yang dilakukan kerajaan menerusi penggubalan RUU itu bertujuan untuk membela nasib rakyat miskin yang sekian lama terpaksa menetap di […]

Kerajaan dicadang bangunkan platform digital sendiri

Sebagai langkah mengurangkan kebergantungan pada platform digital luar negara, wujud cadangan daripada beberapa pihak agar kerajaan membangunkan platform digital sendiri. Platform digital merujuk sistem atau ekosistem dalam talian yang membolehkan interaksi, transaksi dan pertukaran maklumat antara pengguna, perniagaan atau perkhidmatan melalui teknologi digital. Platform ini boleh berbentuk laman web, aplikasi mudah alih, perisian atau rangkaian […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.