Category Archives: YANG VIRAL

Ini hadiah ada makna…

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees,” itu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. Ia dimaklumkan di media sosial baginda semasa semasa baginda menerima mengadap Azam Baki di Istana Negara, pada Isnin. Penganugerahan itu sebagai simbolik […]

Hampir 11juta rakyat Malaysia sudah mendaftar di Padu

Menjelang penutupan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) pada tengah malam ini, jumlah rakyat yang sudah mendaftar setakat 12 tengah hari tadi meningkat kepada 10.8 juta. Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin (gambar atas) berkata jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas. Dia juga optimis sasaran 50 peratus […]

Hujan…fasa peralihan monsun telah bermula

KualaLumpur – Orang ramai berpayung ketika meredah hujan lebat untuk membeli juadah berbuka puasa di Dataran Merdeka pada Sabtu. Keadaan hujan itu menandakan fasa peralihan monsun telah bermula iaitu dari 29 Mac dan berterusan sehingga Mei 2024. Fasa tersebut akan menyaksikan negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, […]

ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024. PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah pembayaran pengagihan sebanyak RM670 juta itu bakal memanfaatkan 552,297 pemegang […]

SPRM luluskan permohonan Mokhzani lanjutkan tempoh isytihar harta sebulan lagi…

Asalnya tempoh sebulan dari 25 Januari hingga 25 Februari 2024.Kemudian SPRM bagi kebenaran dilanjutkan tempoh sebulan lagi hingga 25 Mac. Terbaru SPRM bagi lanjutan tempoh sebulan lagi hingga 25 April kepada Tan Sri Mokhzani Mahathir bagi mengisytihar harta. Ini bermakna sudah dua kali tokoh koprat anak Tun Dr Mahathir Mohamad diberi lanjutan tempoh. Pada 26 […]

Harga juadah meningkat kerana kos sewa tapak…bukan cukai jualan – PM

Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata kos sewa tapak bazar Ramadan yang terlalu tinggi dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) jadi punca kenaikan harga juadah kali ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan kata ia bukanlah disebabkan oleh kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus. Menurut beliau peningkatan itu lebih ketara […]

Isu kalimah Allah : UMNO dokong penuh kelantangan Ketua Pemuda Akmal Saleh

UMNO Malaysia beri backing penuh kepada kelantangan Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh dalam isu stoking tetera kalimah ‘Allah’ serta gerakan boikot KK Mart yang dipertikaikan DAP ,MCA dan beberapa pihak lain. Pendirian itu disuarakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di WTC Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Serentak itu UMNO mendukung penuh titah […]

Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024…

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM). RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 16 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri […]

Disiasat ‘gotong royong’ makan rasuah…

Ini ibaratnya ‘gotong royong’ makan rasuah.Asalnya seramai 15 orang penjawat awam ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara. Namun 10 dari mereka telah ditahan reman dan lima lagi dibebaskan. Perintah reman selama empat hari bermula 20 sehingga 23 Mac 2024 […]

Dr Mahathir keluar dari IJN selepas jalani rawatan selama 53 hari

Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 26 Januari lalu untuk rawatan jangkitan dan untuk pemerhatian dibenarkan keluar pada jam 11.30 pagi Isnin. Ini menjadikan beliau jalani rawatan di situ selama 53 hari. Hal ini dimaklum oleh pejabat bekas Perdana Menteri itu menerusi satu kenyataan.- 18/3/2024

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.