DATUK Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan pada Rabu menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Panel tiga hakim terdiri daripada Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan hakim […]
Category Archives: YANG VIRAL
Sekitar 1,000 orang penduduk Teluk Kumbar.Pulau Pinang telah menyertai himpunan kali kedua pada pagi Ahad untuk membantah cadangan projek asrama untuk menempatkan lebih 32,000 pekerja asing di situ. Mereka mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang batal cadangan bina kompleks asrama berkenaan di situ sebaliknya cari tempat lain yang lebigh sesuai seperti di Batu Kawan sebelah Seberang […]
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu kejatuhan nilai ringgit sebagai senjata politik sehingga tidak bersandarkan kepada fakta. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu termasuk dengan memperkenalkan kerangka Malaysia MADANI yang bertujuan memperkasa ekonomi negara. Beliau berkata hasilnya, pada tahun lepas […]
Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 meningkat 23.0 peratus daripada 2022, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata daripada jumlah tersebut, pelaburan asing merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus. “Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 […]
KUCHING – Suasana pilu menyelubungi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebaik jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud tiba di sini bagi Istiadat Penghormatan negeri. Kenderaan membawa jenazah Abdul Taib tiba di bangunan DUN pada 7.50 pagi. Turut mengiringi jenazah ialah anak Allahyarham Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Datuk […]
Laungan keramat ‘merdeka’ kembali bergema di Banda Hilir selepas 68 tahun LAUNGAN keramat “merdeka” kembali bergema di Banda Hilir, Melaka malam ini bagi mengenang perisitiwa bersejarah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada cengkaman penjajah di Padang Banda Hilir pada tarikh ini. Sambutan ini dianggap penuh […]
Seorang buruh binaan pada Isnin menjadi pesalah khalwat pertama yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas. Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas Mohd Affendi Awang, 42, mengaku bersalah. Hamidi […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengulas dakwaan Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh bahawa jika cadangan beras putih Malaysia Madani dilaksanakan ia akan menghapuskan beras putih tempatan yang lebih murah di pasaran. Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata, cadangan asal oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed […]
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas dipercepatkan, disebabkan keperluan mendesak susulan peningkatan jumlah pelancong ke negeri itu. Beliau berkata Pulau Pinang kini menjadi satu tarikan pelancongan yang sangat berjaya menyebabkan lapangan terbang itu mengalami kesesakan, sekali gus menjadi antara faktor kerajaan bersetuju […]
Kalau nak kira Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah berjaya capai sesuatu yang mungkin beliau sendiri tidak pernah mimpi…yakni jadi Perdana Menteri Malaysia. Namun rupanya itu belum cukup baginya. Kini bekas Perdana Menteri Malaysia ke 9 itu sedang mengintai satu lagi matlamat yakni ada gelaran ‘Dr’ di hujung namanya. Jangan lupa Ismail merupakan graduan undang-undang […]










