Category Archives: YANG VIRAL

Agong berkenan nikmati santapan minum petang bersama PM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara. Seri Paduka Baginda terdahulu berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara. Menurut hantaran di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda kemudiannya memandu sendiri, dari Istana Negara bersama perdana menteri, […]

MB Johor umum penstrukturan semula portfolio Exco 2024-2027

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor bagi2024-2027, dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Aznan Tamin sebagai muka baharu barisan pentadbiran negeri itu. Onn Hafiz berkata, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan dan penstrukturan semula itu […]

PM di rumah terbuka MCA….

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang pagi Sabtu bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan. Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan pimpinan parti itu menyambut kedatangan beliau. Hadir sama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan […]

Mohon pengampunan penuh santuni permintaan Najib, keluarga – Zahid

PERTIMBANGAN memfailkan permohonan baharu untuk pengampunan penuh bagi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebagai menyantuni permintaan bekas Perdana Menteri itu dan anggota keluarganya, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bagaimanapun berkata langkah-langkah yang akan diambil nanti berhubung perkara […]

Akhirnya…Muhyiddin boleh ke Bangkok

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertolak ke Bangkok pada 15 Februari ini setelah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur benarkan beliau mendapatkan semula pasportnya secara sementara. Pasport bekas Perdana Menteri itu ditahan selepas dia berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta. Beliau akan berada di ibukota Thailand itu selama lapan hari sehingga […]

Tragedi kepala air Bidor: 2 mayat terakhir ditemukan

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor ditamatkan susulan penemuan mayat dua beradik perempuan sekitar 9 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata mayat pertama yang dikenal pasti sebagai Hanum Marissa Azam, 2, telah ditemukan di Jambatan Kampung Poh yang […]

Kematian akibat kanser meningkat kepada 12.6 peratus

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 menunjukkan kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di Malaysia, menyaksikan peningkatan kepada 12.6 peratus pada 2022 berbanding 10.5 peratus bagi tahun sebelumnya. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan Laporan Fakta Kesihatan Malaysia 2023, kanser juga adalah antara punca utama kematian di hospital swasta meliputi 26.44 peratus dan yang keempat […]

KEMASKINI: Lagi 43 tahanan lolos masih diburu…

Setakat ini seramai 86 pendatang asing tanpa izin dari 131 yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah, Khamis lalu berjaya ditahan semula. Polis menahan 64 orang manakala 22 lagi ditangkap pihak Imigresen. Dua dari mereka terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri beritahu demikian […]

Inilah tugas rasmi pertama YDP Agong…

Pagi Khamis….sehari selepas melafaz sumpah jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim terima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ia berlangsung di Istana Negara. Anwar menerusi facebook beliau memberitahu dalam sesi menghadap ini, beberapa perkara telah disembah maklum kepada Duli Tuanku antaranya terkait perkembangan terkini negara serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.- 1/2/2024

KEMASKINI: Akauntan,pemandu pelancong dan pelajar antara 6 wanita terlibat video lucah ‘Hot Daddy’ didakwa

Kawasan mahkamah majistret Kuala Lumpur pada Rabu gamat sikit bila enam wanita didakwa atas tuduhan memiliki video lucah yang dikaitkan dengan bapa tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’. Empat daripada wanita berkenaan termasuk seorang penuntut universiti, didenda di antara RM2,500 dan RM4,800 selepas mengaku salah atas tuduhan memiliki video lucah bagi maksud menunjukkannya secara awam. Tertuduh […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.