Category Archives: YANG VIRAL

Maut akibat kepala tersepit pada pintu lif….

Malang tidak berbau…siapa sangka kejadian yang tidak diduga seperti ini boleh menimpanya. Rutin kerja biasa seorang pekerja penyelenggara lif pada Isnin bertukar jadi tragedi. R Tinesh Kumar, 28,ditimpa kemalangan bila kepalanya tersepit di pintu lif ketika menjalankan kerja menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah, di Georgetown. Rakan sekerjanya yang berusia 53 tahun […]

Ini video lama…

Entahlah…apa motif pihak tertentu sebar video kononnya berlaku kesesakan di lapangan terbang akibat dibanjiri oleh pelancong warga China. Sebenarnya ia adalah video lama yang dirakamkan pada tahun 2022 di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat COVID-19 ditamatkan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen […]

Kes Zayn…polis tidak akan putus asa

Sehingga hari ini Sabtu 23 Disember sudah 17 hari berlalu sejak berlakunya kes bunuh keatas kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Orangramai pastinya tidak sabar menanti untuk melihat pelakunya kena cekup. Namun setelah siasatan hari demi hari khususnya di kawasan Apartment Idaman Damansara Damai dekat Petaling Jaya polis belum menemui sebarang bukti konkrit untuk memberkas […]

85 peratus pengguna tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik Januari-Jun 2024

Putrajaya: Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024, yang dilaksanakan di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT), menurut Suruhanjaya Tenaga (ST). Dalam satu kenyataan pada Jumaat ST berkata, ia susulan keputusan kerajaan untuk mengekalkan rebat 2 […]

Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB). Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek RTB dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion […]

Tunggakan cukai pendapatan: Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta kepada LHDN

KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Khamis supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas Peguam Kanan Hasil, Norhisham Ahmad memberitahu mahkamah bahawa jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Muhammad […]

Yogeswary anda berhak terima pingat ini, titah Agong

“Anda berhak menerimanya,” demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada R Yogeswary membuatkan pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh itu tersenyum lebar dan semakin bersemangat membantu mereka yang memerlukan. Apatah lagi titah itu disampaikan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah kepadanya yang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada Istiadat Pengurniaan […]

Raja Gelek Datuk Daud Kilau sudah tiada….

Baru saja penyanyi Ibnor Riza meninggal pada Ahad…hari ini Isnin Raja Gelek Datuk Daud Kilau pula pergi jam 4.40 petang tadi di Hospital Teluk Intan. Berita duka itu disampaikan anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52. Katanya keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu. “Ayah saya memang […]

Dah beres …tiada larangan tulis ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek di kedai halal

Isu ini sudah tidak berbangkit lagi.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin telah keluar kenyataan membatalkan arahan pada tahun 2020 melarang premis perniagaan yang mempunyai sijil pengesahan halal untuk menulis sebarang ucapan perayaan bukan Islam pada tempahan kek atau seumpamanya. Menurut Jakim menerusi satu kenyataan hari ini arahan berkenaan ( tahun 2020) tidak lagi terpakai. […]

Penyanyi ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ sudah tiada….

Akhirnya…setelah disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu….Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza meninggal dunia petang Ahad. Penyanyi yang antara lain popular dengan lagi ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ DAN ‘Berdiri Seorang Perindu’ meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dekat Kuala Lumpur. Khabar duka itu dikongsi rakan artis juga […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.