Langkah Perikatan Nasional (PN) untuk pilihanraya kecil (PRK)kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini sudah dapat dibaca awal awal lagi. Seperti yang diduga oleh ramai pemerhati politik ia pertaruhkan orang dari parti Bersatu Khairul Azhari Saut untuk berentap dengan calon Pakatan Harapan dari DAP Pang Sock Tao. Parti Gerakan ibarat […]
Category Archives: FOKUS
Projek gergasi bernilai RM480 billion Forest City di Iskandar Puteri Johor kini ibarat ‘bandar hantu’ apabila berdepan kemungkinan menjadi gajah putih kerana berdepan dengan pelbagai masalah. Berikutan ini pelbagai spekulasi timbul mengenai usaha untuk selamatkan projek berkenaan yang kini sepi dan sangat kurang penghuni berbanding unjuran asal untuk menempatkan hampir 1 juta orang. Terbaru dan […]
Setelah berdepan tujuh tuduhan di mahkamah Kota Bharu semalam,Rabu…hari ini Khamis Hafizul Harawi yang melepaskan tembakan di balai berlepas KLIA 14 April lalu diheret ke ke Mahkamah Sesyen Sepang pula. Di mahkamah ini dia berdepan dua tuduhan. Hafizul didakwa cuba membunuh isterinya, Farah Md Isa, 38, di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa […]
Malang tidak berbau…raptai ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut pagi Selasa bertukar tragedi. Dua buah helikopter yang menyertai raptai bergesel antara satu sama lain di udara…mengakibatkan keduanya terhempas. Helikopter model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi. Helikopter HOM terhempas di Stadium TLDM Lumut manakala helikopter FENNEC […]
“Ini bukan soal presiden parti atau kerajaan…Ini soal sama ada kerajaan mahu menjunjung titah atau sebaliknya? Rakyat mahukan penjelasan,bukan alasan.” Itu kata kata secara ringkas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh di facebooknya pada Jumaat. Ia adalah sebagai reaksi pada komentar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung afidavit difailkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk […]
Rasanya susah juga nak buat keputusan samada nak gelak atau marah bila mendengar Menteri Peumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming umum peruntukkan RM5.2 juta kepada daerah Hulu Selangor atas alasan kawasan itu ada ‘feng sui’ yang bagus. Ini kerana Hulu Selangor ialah daerah terletaknya kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu dimana pilihanraya kecil […]
‘Free Palestine’ dan ‘Boikot’ telah disembur dengan cat pada dinding cawangan Starbucks di Jalan T2 Tawau pada pagi Jumaat. Perbuatan oleh dua individu tak dikenali itu disedari kira-kira 8.30 pagi oleh penyelia tapak bangunan itu. Laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata semakan melalui rakaman kamera […]
Tandatanya siapakah ‘saksi kritikal’ yang akan sokong dakwaan Datuk Seri Najib Razak wujudnya Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah…terjawab pada Rabu. Orang berkenaan ialah ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi. Menerusi afidavit yang difailkan […]
Polis setakat ini masih percaya motif kejadian tembakan di balai berlepas KLIA awal pagi Ahad lalu masih berkisar tentang isu peribadi di antara suspek dan isterinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain kata ,”buat masa ini tidak ada motif lain.” Bercakap di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di […]










