Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian. Sumber memaklumkan laporan tersebut diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2 petang tadi (Khamis). “Berdasarkan laporan tersebut, pengadu mengesyaki bekas menteri kanan dan pegawai kementerian ketika itu terlibat dalam perkara terbabit. “Selain […]
Category Archives: FOKUS
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengeluarkan satu kenyataan menolak laporan yang diterbitkan oleh sebuah media antarabangsa,Bloomberg terhadap agensi berkenaan. Ia menyifatkan laporan itu mengandungi tohmahan dan dakwaan-dakwaan tidak berasas dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik dan reputasi SPRM. Berikut ialah kenyataan penuh : SPRM MENOLAK DAKWAAN TIDAK BERASAS, MENEGASKAN KOMITMEN TERHADAP PROSES […]
Semua pihak perlu mengambilkira penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham syarikat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat harus membaca dan memahami penjelasan Azam sebelum membuat sebarang tuduhan atau spekulasi. “Orang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga. Dengar penjelasan dia […]
Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden BERSATU semakin goyah apabila beliau bukan saja digesa meletak jawatan oleh pemimpin kanan parti. Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, menjadi pemimpin kanan pertama yang mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden, dengan mendakwa mantan Perdana Menteri itu gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga ia […]
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini. Aktiviti itu, titah baginda, boleh menyebabkan pencemaran udara dengan mengeluarkan bau yang busuk serta boleh mencemarkan sumber air sungai akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu […]
Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan dibawa ke Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara selama enam tahun, mulai hari ini. Beliau ditetapkan bersalah atas sembilan kes rasuah RM3.09 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak semasa menjadi Pengerusi FELDA 12 tahun lalu. Panel tiga hakim […]
Semua kerajaan negeri perlu mematuhi ketetapan berhubung pembinaan rumah ibadat digariskan Kerajaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya perbincangan mengenai perkara terbabit akan dibuat bersama kerajaan negeri termasuk yang diterajui pembangkang. Beliau yang juga Menteri Kewangan mahu kerajaan negeri mengetepikan perbezaan politik bagi membolehkan pengurusan isu pembinaan rumah ibadat dibuat mengikut dasar […]
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini berkeupayaan untuk beroperasi selama 24 jam susulan daripada beberapa suntikan yang diberikan oleh kerajaan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, susulan daripada itu, mana-mana pihak yang menjadi mangsa penipuan atau scammer boleh menghubungi NSRC menerusi talian 997. “Dengan pembukaan pejabat baru NSRC dan penambahan anggota, pusat berkenaan kini boleh […]
Nampaknya kusut dalam BERSATU semakin rumit apabila Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dipanggil sekali lagi menghadap Lembaga Disiplin berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang, dijadual memberi keterangan pada jam 12 tengah hari Khamis ini di Ibu Pejabat BERSATU, […]
Tiada keperluan untuk membahaskan syor pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelantikan datuk bandar di Parlimen ketika ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ini memandangkan kerajaan masih belum menerima kajian yang sedang dilaksanakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). “Memang tidak ada apa-apa untuk dibentangkan pada waktu ini kerana apa yang Yang […]










