Seperti yang diduga oleh ramai pemerhati UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertindak keluar dari Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh. Parti itu akan kekal dalam gabungan bersama Pakatan Harapan hingga tamat penggal. Pendirian ini ditegaskan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi pada Selasa sebagai […]
Category Archives: FOKUS
Akibat mengalami keretakan tulang pinggul kanan kerana terjatuh di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor pagi Selasa,Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan beberapa minggu untuk dirawat di hospital. Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff kata selepas penilaian perubatan, telah disahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu mengalami keretakan pada pinggul kanan. “Mahathir dijangka berada di hospital untuk beberapa minggu akan […]
Datuk Saifuddin Abdullah,salah seorang Ahli Parlimen Bersatu yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat keahlian parti itu hari ini. Ahli Parlimen Indera Mahkota,Pahang itu dikenakan tindakan berkenaan kerana didakwa telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti. Saifuddin mengesahkan terima surat penamatan keahliannya dalam Bersatu petang Selasa dan memaklumkan beliau akan mengemukakan rayuan […]
Tidak lama lagi tempoh masa pegangan untuk jawatan Perdana Menteri tidak lagi terbuka tanpa had masa seperti sekarang. Satu rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan di Parlimen untuk mewajibkan pegangan jawatan berkenaan dihadkan untuk 10 tahun atau dua penggal sahaja. Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada amanat tahun 2026 di Putrajaya […]
Belum beres isu siasatan rasuah didakwa melibatkan pegawai tinggi tentera darat baru baru ini …Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digegarkan pula dengan dakwaan pegawai tentera terlibat bawa pekerja seksual ke dewan makan pegawai untuk berpesta liar. Isu ini timbul selepas netizen berkongsi beberapa klip video di Threads dan TikTok yang menunjukkan pesta yang didakwa berlaku di […]
Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Datuk Razali Idris hari ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman, tiga tahun lepas. Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Razali, 59, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap […]
Sejak wujudnya isu dalaman Bersatu dan PAS kerana krisis di Perlis baru-baru ini …antara isu hangat yang berlegar ialah wujudnya cakap-cakap untuk menghidupkan semula kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS. Namun bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerajaan Perpaduan tidak goyang dengan isu ini. “Tapi yang penting sekarang kerajaan perpaduan masih utuh dan semua […]
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui PN susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa semalam. Abdul Hadi berkata mesyuarat mengenai calon pengerusi PN yang baru akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu. “Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama […]
Ketika pelbagai tandatanya berlegar mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas umum letak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa 1 Januari 2026…beliau tampil menerusi laman sosial pada Jumaat untuk isytihar ” saya masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden.” Dalam kenyataan bertajuk Pesanan Presiden Bersatu Sempena Tahun Baru bekas Perdana Menteri itu kata walaupun tidak […]
Selamat menyambut 2026…Semoga membawa lebih banyak kabar baik dan harapan yang sempat redup kembali menyala dengan keyakinan baru.Juga diharap segala yang berat dipermudah dan yang baik didekatkan.










