Category Archives: FOKUS

Siasatan rasuah: Pelantikan PAT ditangguh, Azhan Md Othman PTD baru

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) ke-31, berkuat kuasa esok. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelantikan itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-631 yang bersidang pada 19 Nov lepas dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan […]

Tiga kerusi PAS di DUN Perlis kekal kosong…pilihanraya kecil tidak diadakan

Bagi yang tengah menunggu khabar tentang pilihanraya kecil di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis…sila lupakan. Tiga kerusi DUN Bintong, Chuping dan Guar Sanji yang diumumkan kosong selepas tiga ADUN kawasan itu diberhentikan keahlian mereka daripada PAS sebelum ini akan kekal dibiarkan kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Pengumuman ini […]

Kemelut Pas-Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?

Pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Bersatu termasuk pada peringkat negeri daripada Perikatan Nasional (PN) memberikan isyarat jelas bahawa gabungan itu berada di ambang krisis politik terbesar sejak ditubuhkan lima tahun lepas. Ibarat retak menanti belah, ketegangan dalam gabungan terdiri daripada Bersatu, Pas, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) itu kian […]

Azmin dan beberapa Pengerusi PN Negeri juga umum letak jawatan

Ekoran perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hari ini….langkah berkenaan turut disertai oleh orang kuatnya Datuk Seri Azmin Ali dan beberapa orang lain. Bekas Menteri Besar Selangor itu umum perletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN. Dalam kenyataan Azmin beri alasan lantikan beliau sebagai Setiausahan Agung PN adalah bawah bidang kuasa […]

PM syukur tiada unsur sabotaj dalam Kerajaan Perpaduan

Dicelah kemelut krisis Perikatan Nasional di Perlis Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur kerajaan perpaduan yang dipimpin beliau tidak menghadapi anasir tidak baik seperti sabotaj dan khianat. Tanpa menyebut ‘hu ha’ yang tercetus di Perlis Perdana Menteri menilai permuafakatan di antara komponen di bawah kerajaan MADANI lebih mantap dan ikhlas. Bercakap dalam sidang media khas di […]

Siapa bekas Menteri Wilayah Persekutuan disiasat SPRM ?

Teka teki siapa bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang kini sedang disiasat oleh SPRM terus hangat berlegar. Sumber hanya menyebut nama tertentu namun setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenainya. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki,telah mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka membabitkan bekas menteri berkenaan. Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16, […]

Najib fail rayuan isu tahanan di rumah dalam Titah Adendum pada 24 Disember

Pada 24 Disember yakni dua hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum yang didakwa membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah…bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan rayuan. Keputusan berkenaan dibuat pada 22 Disember oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching. Beliau […]

Pengerusi Bersatu Perlis angkat sumpah sebagai MB baru

Adun Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baru. Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis pada 4.04 petang ini. Dia ialah Timbalan Pengerusi PN Perlis dan juga Ketua Badan […]

Kes 1MDB: Mahkamah menjatuhi Najib hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion

Mahkamah Tinggi di Putrajaya pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Keputusan itu disampaikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang […]

Lepas kusut masai… MB Perlis umum letak jawatan…

Ramai yang geleng kepala melihat ‘move’ Mohd Shukri Ramli yang tiba-tiba umum letak jawatan selepas bertahan beberapa hari walaupun hilang sokongan. Orang kata ‘damage has been done’… tiga ADUN PAS yang tidak sokong Mohd Shukri sebelum ini telah berhentikan sebagai ahli parti itu untuk memaksa pilihanraya kecil diadakan. Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang mengumumkan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.