Category Archives: FOKUS

PAS pecat keahlian tiga ADUN di Perlis

Angin tidak ribut tidak… tiba-tiba negeri paling utara di Semenanjung Malaysia digegarkan dengan isu tarik sokong kepada Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli. Semua lima ADUN Bersatu Perlis bersama tiga ADUN PAS menyatakan menarik sokongan kepada Mohd Shukri yang merupakan MB daripada PAS pada Jumaat. Berikutan itu, PAS Pusat malam Rabu memutuskan keahlian tiga ADUNnya […]

Mat Hasan masuk gelanggang… tunggu nak rai kes ‘terowong’

Makin panas berbalas pantun antara dua parti pendukung kerajaan MADANI iaitu, UMNO dan DAP selepas kes Datuk Seri Najib Razak pada Isnin. Yang terkini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula membalas sindiran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang ingin meraikan secara terbuka keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Najib berhubung titah […]

Isu Titah Adendum: Masyarakat perlu hormati keputusan mahkamah

Semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah, terutama berhubung isu Titah Adendum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan masyarakat wajar menghormati keputusan yang dibuat hakim, termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang. “Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada […]

Lagi hu ha berkaitan Titah Adendum… ini kata Jabatan Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak kenyataan peguam Datuk Seri Najib Razak bahawa penolakan semakan kehakiman Titah Adendum telah mengurangkan kuasa Yang di-Pertua Agong (YDPA), Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri (YDPN). AGC dalam kenyataan pada Selasa menegaskan, apa dikatakan peguam Najib tidak benar sama sekali dan tak mencerminkan alasan sebenar yang telah diberikan oleh Mahkamah […]

Keputusan kes titah adendum Najib tidak nafikan kuasa Raja

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengesahan titah adendum bagi menjalani tahanan rumah adalah selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Pakar undang-undang, Salim Bashir menegaskan, keputusan tersebut juga sama sekali tidak menafikan kuasa dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Jelas beliau, mahkamah menilai kes berkenaan berdasarkan kerangka perlembagaan […]

Kenyataan pemimpin DAP ulas kes Najib buat pemimpin UMNO geram

Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, berkait Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, terus mengundang kemarahan pimpinan UMNO termasuk Pahang yang menyuarakan kecaman sekeras-kerasnya terhadap tindakan disifatkan sebagai biadab itu. Terdahulu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri itu bagi memaksa […]

Dewan Tertinggi BN putuskan status MIC dalam BN Januari ini

Isu ‘ding dong’ kedudukan MIC dalam Barisan Nasional selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) parti itu ke-79 di Shah Alam pada 16 November lalu putuskan untuk keluar dari gabungan ituakan diketahui Januari ini. Sekalipun keputusan besar itu sudah dibuat namun perhimpunan berkenaan serahkan kepada kepimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti untuk buat penentuan muktamad. Tunggu punya […]

Polis serbu banglo, rampas 18 tan dadah bernilai RM1.53 bilion

Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut menahan masing-masing tiga lelaki dan wanita warga asing berusia 24 hingga 39 tahun dalam serbuan itu dan […]

PNB isytihar agihan pendapatan ASB 5.75 sen seunit

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. PNB menjelaskan jumlah pembayaran pula adalah RM10.4 bilion iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan […]

Kadar tol di 10 lebuhraya utama tak berubah…

Menjelang tahun baru 2026 antara yang boleh buat ramai tarik nafas lega ialah kadar tol di 10 lebuh raya utama di seluruh negara kekal tidak berubah. Khabar gembira ini dimaklum oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. 10 lebuh raya itu ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.