Dua Taman Negara di Sarawak dicalonkan sebagai tapak ASEAN Heritage Park (AHP), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak berkata penilaian terhadap pencalonan berkenaan telah dilaksanakan oleh pihak The ASEAN Centre for Biodiversity (ACB).

“Keputusan penilaian ini dijangka diketahui pada September tahun ini,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Taman Negara Bako terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.
Monyet Protoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.

Manakala Taman Negara Bukit Lambir terletak hanya sekitar 40 minit perjalanan dari Miri. Taman Negara Bukit Lambir memiliki satu ekosistem semulajadi yang pelbagai dan kompleks. Di Taman Negara Bukit Lambir terdapat kawasan hutan dipterokarpa tanah rendah dengan keluasan sekitar 6,952 hektar yang melitupi kawasan sehingga ketinggian 450 meter. Keluasan hutan ini dan dan perbezaan ketinggiannya membolehkan ia menampung tahap biodiversiti tumbuhan antara yang tertinggi di dunia.
Pengunjung ke Taman Negara Bukit Lambir dapat melihat pelbagai fauna dan flora dengan lebih 237 spesis burung, tupai terbang, babi hutan, gibbon, beberapa jenis monyet, beberapa spesis rusa, serangga-serangga yang luar biasa pelik dan beberapa lagi invertebrate yang tinggal.
Kepelbagaian ini turut menarik para saintis dari seluruh dunia untuk datang membuat kajian di sini. Bagi para pengunjung yang ingin berehlah, Taman Negara Bukit Lambir turut menawarkan mempunyai beberapa lorong denai yang sampai ke kawasan air terjun dan kolam mandi di seluruh taman. Kebanyakan trek ini saling bersambung antara satu sama lain, membolehkan pengunjung meneroka beberapa denai dalam masa satu hari.
Diantara laluan yang ada termasuk Laluan Denai Air Terjun Latak yang paling popular dan mudah dilalui. Ia boleh dilalui dalam masa 20 minit, melalui kawasan laluan air jernih melepasi dua air terjun yang cantik sebelum berjumpa dengan sebuah kolam mandi hutan yang besar dikelilingi dinding batu curam dan di penuhi oleh air dari air terjun Latak pada ketinggian 25 meter.
Awang Tengah berkata pencalonan dua taman negara berkenaan dibuat susulan pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Miri sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lepas.
Sementara itu, Awang Tengah berkata Sarawak telah mewartakan 2.1 juta hektar Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) terdiri daripada 874,000 hektar kawasan daratan dan 1.2 juta hektar kawasan perairan marin.
“Bagi memperkukuh usaha konservasi hutan, Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC) bagi kajian penyakit zoonotik, MoU dengan Sarawak Biodiversity Centre (SBC) bagi kerjasama teknikal biodiversiti dan MoU dengan Universiti Malaya dalam penyelidikan genetik,” katanya.-29/5/2025