Saturday - 31, May 2025

Kabinet: Tunggu selepas 4 Julai…

Share

Nampaknya lambat lagi baru boleh tahu mengenai kedudukan dalam kabinet berikutan langkah Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad serah surat letak jawatan semalam.

Kalau dibuat tarsiran berdasarkan cakap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis apa apa hal berkaitan itu hanya boleh dibuat selepas 4 Julai nanti.

Beliau diminta ulas kedudukan kabinet semasa ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Anwar menjelaskan penggantian anggota Jemaah Menteri baharu tidak boleh dilakukan kerana Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu secara asasnya sedang bercuti.

“Belum (fikir buat rombakan), mereka (Rafizi dan Nik Nazmi) masih bercuti, kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi mengemukakan surat peletakan jawatannya Rabu,semalam dan sedang bercuti sehingga 16 Jun ini.

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan itu sepatutnya berkuat kuasa 17 Jun.

Nik Nazmi pula mengumumkan menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sejurus selepas Rafizi.

Beliau bercuti sehingga 3 Julai dan tarikh akhir dia menjadi menteri sepatutnya ialah 4 Julai.

Semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) beritahu Anwar telah lulus permohonan cuti Rafizi dan Nik Nazmi tetapi belum ulas mengenai hasrat mereka nak letak jawatan menteri

Menurut pemerhati politik Perdana Menteri cuma perlu lantik orang lain ganti Rafizi dan Nik Nazmi atau buat rombakan kabinet. – 29/5/2025

Read more

khabar terbaru