Hari ini Ahad 1 Jun Datuk Seri Rafizi Ramli menghadiri acara pertama beliau di cabangnya di Pandan dekat Kuala Lumpur sejak tewas jawatan Timbalan Presiden PKR pada 23 Mei lalu.
Acara itu ialah Karnival Belia Madani yang diadakan di tempat letak kereta depan Hospital Ampang.
Setelah hilang jawatan nombor dua dalam kepimpinan PKR kepada Nurul Izzah Anwar beliau kini cuma berstatus Ketua Cabang PKR Pandan dan Ahli Parlimen kawasan itu.
Nampaknya buat masa ini beliau masih kekal seorang personaliti politik yang panas lebih lebih lagi baru sahaja melalui pemilihan parti yang sengit ditentang anak Perdana Menteri.
Seperti biasa beliau dikerumuni dan dihujani dengan pelbagai soalan politik.
Salah satunya darinya apakah ada terima tawaran untuk menyertai mana mana parti politik?
Beliau nampak seolah hendak elak beri jawapan pada soalan itu.
“Saya tak check pun…dan saya tak ada whatsapp…boleh tanya orang yang dok hantar mesej…satu pun saya tak jawab lagi…semua pimpinan parti lain tahu saya tak ada whatapps,” latanya.
Ditanya pula apakah ada sebarang tawaran dari parti sendiri yakni PKR setelah tiada jawatan Timbalan Presiden, beliau tegas berpendirian tidak akan terima apa apa tawaran jawatan sekalipun.
“Yang itu (pendirian saya) memang diketahui…malah Nurul Izzah hari itu masa dia jumpa saya (sebelum pemilihan) dia cuba nak bawa kalau ada (jawatan) Timbalan Presiden (PKR) dilantik…(bagi) saya kalau Timbalan Presiden (malah) kalau Presiden dilantik pun saya tidak berminat…apa tah lagi apa apa jawatan
kerana ia bukan soal jawatan… ia soal mesej dan juga perjuangan yang kita nak bawa…
“Saya akan kekal jadi ahli…tanggongjawab poltik ini kena berhubung kait dengan mandat dan kumpulan yang angkat kita,”katanya.
Rafizi kata ada orang tanya kenapa beliau tidak letak jawatan Ahli Parlimen?
Katanya “yang lantik saya adalah rakyat…saya kena hormati mandat rakyat..ia tak ada hubung kait dengan lain lain”.
Ditanya lagi apakah ada rancangan nak tubuh parti baru,beliau secara berjenaka jawab,” kalau saya ada perancangan tak kan saya nak beritahu kamu…orang buat perancangan cakap pada media…tak cerdik lah.”
Mengenai kemungkinan beliau gabungkan podcastnya ‘Yang Bakar Menteri ‘dengan podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin beliau kata tidak.
“Saya ada podcast…saya podcast sendirilah.”
Menurut Rafizi konsep podcast beliau berbeza dengan Khairy kerana bekas Ketua Pemuda UMNO itu dipecat dari UMNO dan sudah tidak ada platform politik sedangkan beliau masih ahli PKR,Ketua Cabang dan Ahli Parlimen
“Saya ada tanggongjawab yang perlu saya pikul,”katanya.
Beliau juga secara berjenaka kata tak akan jadi seperti Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman yang ‘bercinta’ dan jadi duta khas produk.
Ditanya mengenai langkah Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz keluar UMNO dan nak sertai PKR… Rafizi menilai hal berkenaan adalah sesuatu dalam istilah ‘grey area’.
Katanya beliau adalah salah seorang yang merangka perjanjian untuk pembentukan kerajaan perpaduan dulu.
Menurutnya soal kemasukan ahli sebuah parti gabungan ke dalam parti lain tidak disebut dalam perjanjian itu.
Namun beliau berpendapat untuk mengekalkan suasana harmoni antara parti gabungan maka hal itu wajar sekali dielakan.
“Bagaimana anda nak tetapkan garisnya (draw the line) …ia boleh buka pintu pada kemungkinan lain yang tidak dijangka,”katanya.- 1/6/2025 – OLEH MOHAMED HAZRIL