Monday - 9, June 2025

Berita baik… LHDN tangguh e-Invois ke atas perniagaan bawah RM5juta

Share

Ini menjadi bukti kerajaan mendengar suara rakyat… Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini memaklumkan, pelaksanaan e-Invois ke atas perniagaan yang miliki pendapatan tidak lebih RM5 Juta akan ditangguhkan berikutan ingin memberi persediaan yang secukupnya ke atas kumpulan ini sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

Jelas LHDN tindakan ini terutamanya adalah untuk memastikan kategori Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bersedia sepenuhnya akan pelaksanaan e-Invois kelak.

Dengan notis ini, ia bermakna kumpulan fasa 3 iaitu pembayar cukai dengan pendapatan lebihi RM5 juta kelak akan diwajibkan melaksana e-Invois pada 1 Julai 2025 ini.

Sementara kumpulan perniagaan fasa 4 iaitu pendapatan antara RM1 Juta sehingga RM5 juta pula akan diwajibkan laksana e-Invois pada 1 Januari 2026, diikuti fasa 5 kumpulan perniagaan dengan pendapatan sehingga RM1 juta pula dikuat kuasakan pada 1 Julai 2026.

Berikutan penjadualan itu, LHDN menjelaskan sepanjang tempoh ini – pembayar cukai dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan bagi semua transaksi seperti berikut:

  1. Membenarkan semua aktiviti/ industri untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan termasuk e-Invois bil kendiri
  2. Membenarkan sebarang maklumat dimasukkan di medan “Keterangan Produk atau Perkhidmatan”
  3. Jika terdapat permohonan e-Invois daripada pembeli, penjual juga dibenarkan untuk hanya mengeluarkan e-Invois yang disatukan tanpa mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi

Manakala kumpulan perniagaan dengan pendapatan bawah RM500,000 pula dimaklumkan akan meraih pengecualian dari pelaksanaan e-Invois ketika ini.

Menerusi makluman itu, diharap semua pihak peka akan penjadualan semula tarikh pelaksanaan e-Invois ini. Sebarang kemusykilan, boleh rujuk pada laman rasmi LHDN.-8/6/2025

Read more

khabar terbaru