Satu lagi kejayaan kerajaan Madani walaupun menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menantu, tahukah anda, kadar pengangguran pada April 2025 turun kepada 3.0 peratus, paras terendah dalam tempoh 10 tahun dengan penganggur berbanding bulan lalu 3.1 peratus.
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penganggur menurun 0.7 peratus kepada 525,9005 orang pada April berbanding 529.600 orang pada Mac.
Bilangan penduduk bekerja pada April meningkat, dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.82 juta orang berbanding 16.78 juta orang pada bulan sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata kedudukan ekonomi negara yang meyakinkan menyumbang kepada kestabilan tenaga buruh pada bulan terbabit, dengan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja dan kadar penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi, manakala pengangguran terus menurun.

Mengulas lanjut mengenai situasi pengangguran pada April, Mohd Uzir berkata 79.6 peratus daripada bilangan penganggur adalah penganggur aktif, atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.2 peratus, dengan bilangan penganggur belia seramai 400.6 ribu orang (Mac 2025: 6.3%; 399.4 ribu orang).
Bilangan tenaga buruh bagi bulan dikaji juga terus berada pada trend menaik, dengan peningkatan sebanyak 0.2 peratus kepada 17.34 juta orang (Mac 2025: 17.31 juta orang).
Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh naik sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.8 peratus (Mac 2025: 70.7%), menunjukkan lebih ramai penyertaan buruh dalam pasaran.
Katanya, tenaga buruh negara dijangka akan terus optimis dan berkembang menjelang bulan-bulan berikutnya tahun ini, disokong oleh dasar ekonomi yang kukuh dan permintaan domestik yang stabil.-12/6/2025