FOKUS

Perang Iran-Israel: Harga minyak global melonjak akibat konflik di Selat Hormuz – Petronas

Harga minyak global melonjak ke paras tertinggi sejak 2022 berikutan jangkaan berlaku kejutan bekalan akibat konflik yang semakin memuncak di sekitar kawasan Selat Hormuz, menurut syarikat minyak negara Petronas.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.97 peratus kepada US$74.95 setong dan boleh melonjak sehingga sekali ganda AS$130 setong sekiranya perang berterusan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kenaikan harga semasa adalah antara yang paling ketara sejak krisis tenaga pada 2022.

“Perkara ini berlaku ketika dunia masih bergelut dengan ancaman tarif balas.

“Walaupun kita belum dapat menilai dengan tepat impak sebenar daripada semua peristiwa ini, sistem tenaga global yang telah mengalami tekanan daripada perkembangan semula jadi tamadun kita, sememangnya berisiko besar,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada persidangan Energy Asia 2025 di sini hari ini.

Difahamkan harga minyak boleh melonjak sekali ganda sehingga AS$130 setong sekiranya Iran memutuskan untuk menutup Selat Hormuz.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Esmail Kowsari, berkata pada Sabtu bahawa Tehran sedang mempertimbangkan untuk menutup selat itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel.

Selat itu mengendalikan 20 peratus penghantaran minyak global dan 80 peratus daripada perdagangan minyak serta gas asli cecair (LNG) bagi Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Akhbar itu meramalkan konflik antara Israel dan Iran akan berterusan, sambil menambah bahawa kesan peperangan terhadap ekonomi bergantung kepada tempoh dan tahap peningkatan serangan.

Selat Hormuz menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman.

Perang yang berpanjangan boleh melumpuhkan ekonomi, tetapi jika ia berakhir dalam tempoh 14 hari seperti yang dijangka, kesannya dijangka terhad.

Kapal kemudian akan memasuki Laut Arab dan Lautan Hindi. Pantai utara selat itu merupakan wilayah Iran, manakala bahagian selat di sebelah selatan adalah milik Oman dan UAE.

Selat berkenaan mengendalikan 10 hingga 20 peratus minyak global serta kira-kira 20 peratus penghantaran LNG.

Pada malam 13 Jun, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan operasi berskala besar dinamakan Rising Lion, melibatkan serangan udara ke atas sasaran ketenteraan dan kemudahan program nuklear Iran.

Tentera Udara Israel melancarkan beberapa gelombang serangan di pelbagai lokasi di Iran, termasuk Tehran, yang menyebabkan kematian beberapa pegawai kanan tentera Iran termasuk Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran dan panglima tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) serta beberapa saintis nuklear.

Beberapa kemudahan nuklear termasuk Natanz dan Fordow, serta kedudukan tentera Iran di seluruh negara turut menjadi sasaran.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam perutusannya kepada rakyat menyifatkan serangan ke atas Iran sebagai jenayah dan memberi amaran bahawa Israel akan berdepan ‘nasib yang pahit dan dahsyat’.

IRGC memaklumkan bahawa Republik Islam itu telah melancarkan Operation True Promise III ke atas sasaran ketenteraan di Israel sebagai tindak balas terhadap serangan berkenaan.-17/6/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button