Seorang lagi pegawai polis popular yang kini mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan ‘melangkah keluar’ dari PDRM.
Beliau ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Julai ini.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dilaporkan bakal mengambil alih jawatan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.
Beliau memegang jawatan Pengarah JSJ sejak Ogos 2023.
Mohd Suhaily antara lain terkenal kerana ketegasannya dalam menjalankan tugas.
Sebelum ini timbul kejutan apabila Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay tidak dilantik sebagai Ketua Polis Negara.- 28/6/2025